Followers

Tuesday, April 19, 2011

Chicken pox & Sultan Perak



Salam

Hari ni 19 April 2011. Orang Perak bercuti umum le ye yeop. Ate nye udoh hari jadi soltan ye dok.

Saya berasal dari Perak. Mengimbau kenangan 17 tahun sudah

Lokasi kejadian: Bilik Sakit di sebuah sekolah berasrama

Entah kenapa rindu pada keluarga dikampung meruap-ruap. Kali pertama berpisah dari keluarga..jauh pulak tu. Hati masih tertinggal di kampung, walhal sudah beberapa bulan di sekolah ini..homesick tak sudah-sudah. Saya mahu balik kampung! Itu kata hati. Budak umur 13 tahun la katakan. Anak bongsu pulak tu.

Buat pertama kalinya saya demam (atau sengaja buat-buat demam) lalu minta izin duduk di bilik sakit. Di bilik sakit tu ada katil-katil..berdinding putih..sebijik macam gambaran wad di hospital. Sambil baring-baring atas katil. Mata terkedip-kedip memandang syiling putih.mata tak mahu lelap, ada 2-3 orang pelajar lain juga..saya kira mereka betul-betul sakit (ntah2 buat2 sakit macam saya..hehe..tak baik buruk sangka). Nak berbual pun tak ada yg sudi melayan. Tangan meraba-raba kulit kepala yang tak gatal..tiba-tiba..tup..bunyi macam jerawat meletup. Tangan meraba ke telinga pula...tup..ada bintik dikulit pecah berair. Saya cuak. Teliti punya teliti..rupanya banyak bintik-bintik seperti gelembung air dibadan saya.

Tak ingat pula siapa yg pastikan gelembung air itu adalah petanda demam pelentong atau Chicken pox..yg saya ingat arwah abah menjemput saya pulang ke rumah keesokan harinya pada 19 April 1994. Dapat MC seminggu. Sekolah cuti hari tu sebab hari tu Hari Keputeraan Agong (Sultan Azlan Shah).

Yahuuuuuuu..sukanya saya bila dapat balik kampung..tak kisah la walau badan bercapuk-capuk dengan gelembung-gelembung air. Sampai bila-bila saya akan ingat tarikh saya terkena chicken pox..sama dengan Birthday Agong tu (errr..masa tu Sultan Azlan Shah adalah Agong). Kerana Chicken pox..rindu saya pada kampung & keluarga terubat.

Adakah hari ni saya celebrate ulangatahun je 17 saya terkena Chicken pox..errr..idak la kome ooiii..cuma nak ucapkan..selamat bercuti para rakyat jelata negeri Perak &Selamat hari Keputeraan Sultan Azlan Shah

courtesy..(....)

Wednesday, April 06, 2011

Simple formula...gaji oh gaji

Salam

Pertama kali..saya panjatkan rasa syukur pada Allah kerana memberikan rezeki.
Saya bukanlah tergolong dalam golongan kaya raya atau berkelas tinggi. Kerjaya yang saya miliki ini, sudah cukup buat saya! Gaji taraf biasa2 saja dan agak cukup2 sahaja untuk menampung kos hidup yang tinggi disini. Tak boleh bermewah2. Kadang kala..ada juga masa susah & rasa sempit. Simpanan pun tak banyak.

Saya membaca blog Prof Kamil semalam, tertarik, terpaku, terpana dengan sepotong ayat yang beliau tulis..

“Pak cik, orang sekarang sentiasa tidak cukup wang untuk diberi kepada ibu bapa kerana mereka mengharapkan wang sisa. Ibu bapa yang akhir sekali. Sepatutnya bila dapat gaji, keluarkan dulu untuk ibu bapa mereka, barulah duit cukup”

Saya terkesima!selama ini saya tak pandang berat isu ini. Walaupun memang setiap bulan memang bagi pada emak..emak tak pernah minta..tapi selalu bagi lambat.. itu pun jumlah nya berubah2..cepat2 saya buat pengiraan semula...ini formula yang simple tapi susah sungguh nak ikut...jom keluarkan kalkulator...buat matematik sikit..mari kita betulkan pengurusan kewangan kita..supaya rezeki lebih2 berkat..

formula pecahan penggunaan gaji bulanan:

70%=keperluan
20%=simpanan
10%=kehendak


ingat ya..kena pandai bezakan mana keperluan dan mana kehendak. Kalau pandai berjimat..letak aje kehendak =5%, simpanan jadikan 25%.

Keperluan adalah seperti, hutang piutang berjadual yang perlu dibayar setiap bulan, bil-bil, ansuran/sewa rumah, makanan, barang-barang keperluan anak, petrol, barang-barang dapur dan seumpamanya. Duit utk ibubapa adalah termasuk dalam keperluan ye bukan saki baki tau. Tak kisah la sama ada ibubapa kita berkemampuan atau sebaliknya..bahagian utk ibubapa ttp diasingkan. Jika mereka tak nak...tambahkan kedalam simpanan kita.

Simpanan adalah simpanan yang berbentuk 'beku'..jangan la hari ni masuk..esoknya dah cocok ATM kad..keluarkan pulak! Sebaik-baiknya simpan dalam akaun yang tiada ATM kad atau ASB

Kehendak pula biasanya berbentuk "kemewahan" dan berbentuk optional (tak ada pun tak mengapa). Contohnya..tudung jenama ****** berharga RM100 sehelai yang bling bling :P

Jika ada lebihan dari bahagian keperluan..masukkan dalam simpanan..nampak mudah..tapi kita manusia biasa kan..selalu 'tergoda'.. apa pun semua BOLEH jika kita mahu berubah.

Saya menonton Oprah Show pagi tadi...ada satu fakta menarik yang dikongsikan. Kita sepatutnya perlu ada simpanan berjumlah 8 bulan gaji dalam akaun. Jika ada apa2 terjadi, insyaallah kita mampu atasi. Dan yang paling penting...ZAKAT pendapatan jgn dilupakan..insyaallah gaji yang kita dapat...berkat dan sentiasa cukup. Selamat membuat kira-kira!


Tuesday, April 05, 2011

Kenapa berblog?

Salam

Bila tanya soalan yang sama pada mana2 blogger..jawapan mesti variety..
Bila tanya pada saya..kenapa saya berblog? jawapan...suka-suka aje. kalau nak ikutkan..rasanya lama dah berblog since 2008..tapi tak adalah jadi blogger tegar. Saya suka share resepi, walaupun ramai/byk lagi blog2 masakan yang memang rata2 malatop da boommm! tak kisah la kan..lepas tu saya suka share hobi-hobi saya... kisah anak..then bebelan biasa..pendek kata semuanya biasa2 aje.

Nak kejar rating?no no no..tak termasuk langsung dalam senarai! Nak jana pendapatan sampingan? bukan juga..yang saya nak..suatu hari nanti Aisyah akan dapat baca cerita-cerita saya tentang dia..betapa saya sayangkan dia...melalui cerita-cerita di blog ni. Itu saja.

Mood menulis kat blog ni berubah-ubah..ada masa saya suka baking..saya byk bercerita tentang aktiviti mem'baking'..Jika mood menjahit saya menggebu-gebu..saya bercerita tentang jahitan2..berselang seli dengan bebelan biasa & cerita tentang anak saya..itu saja.

Blog yang saya selalu singgah..of course la blog geng2 Ratuhati dan 'must read' (refer side bar) dan juga blog masakan dan jahitan/kraf. Kalau perasan..most of the blog yang tersenarai semuanya milik kaum-kaum ibu yang bercerita tntg pengalaman masing2 semasa membesarkan anak..itu yang saya paling suka...of course blog mcm saya ni..anak2 muda tak ada la nak singgah kot..ini blog mak mak budak..haha...

ok la..petang2 mcm ni..bebel kosong aje...

Monday, April 04, 2011

Resepi Kek Span Berlapis

Salam

Weekend lepas saya merajinkan diri untuk mencuba kek span pula. Dan lama dalam to-do-list. Baru kali ni berkesempatan.

Resepinya saya ambil dari kawan saya Cik Wan. Resepi asal dari myresepi katanya. Cuma saya ubah sedikit bahan dan teknik saja..yang lain-lain semuanya sama. Saya lapiskan dengan 3 perisa berbeza. Bila blogwalking, ramai pulak yang buat kek berlapis mcm ni, itu yang tak sabar2 nak cuba juga.


Bahan-bahan:

150g tepung superfine (boleh juga guna tepung gandum)
120g gula kastor (saya guna gula pasir)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil garam (kalau menggunakan salted butter, tak perlu letak)
80ml minyak/butter cair (saya guna minyak jagung)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecik esen vanilla
1 sudu kecil butter oil (optional, kalau guna minyak tapi nak ada bau macam guna butter, letak la)
1 sudu kecil blueberry emulco
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pandan emulco
sedikit pewarna yang bersesuaian
sedikit serbuk koko

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180degC. Dan sediakan air panas (untuk water bath).
  2. Masukkan tepung, baking powder, garam, telur, gula dan ovallete ke dalam mangkuk dan putar sehingga gebu (saya putar dengan kelajuan perlahan, sederhana kemudian tinggi selama 5 minit). Masukkan esen vanilla.
  3. Kaup balikkan minyak/butter cair ke dalam adunan. Kaup berhati-hati utk mengelakkan buih2 udara yg terperangkap hilang. Nanti kek tak spongy.
  4. Bahagikan aduanan kepada 3 bahagian. Satu bahagian di campur dengan blueberry emulco dan pewarna ungu, satu bahagian di campurkan dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan pandan emulco dan sedikit pewarna hijau.
  5. Alas loyang dengan baking sheet,tuang adunan berselang seli, ayakkan sedikit serbuk koko antara setiap lapisan.
  6. Bakar adunan pada suhu 180degC secara water bath selama 40 minit atau sehingga masak. Saya hanya menggunakan api bawah dan 5-10 minit terakhir baru saya buka api atas.
  7. Bila dah masak, keluarkan kek dari oven, tunggu lebih kurang 5 minit, keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai.

p/s: Jika tak suka perisa yang berbeza2 dalam sebiji kek, boleh abaikan emulco dan pewarna. Buat kek yang plain atau satu perisa sahaja. Selamat mencuba