Salam Ramadhan..
Macam mana puasa kawan-kawan semua? Saya alhamdulillah..2hari ni perasaannya mcm better than tahun lepas. Mesti ramai ibu2 terutamanya yg berkerjaya & tak mempunyai helper di rumah hari2 memikirkan nak masak apa utk juadah berbuka kan?Saya pun mcm tu..masuk je tghari..mula la terfikir nak masak apa bila balik kerja nanti.
alhmadulillah, since tahun lepas saya sekeluarga dah sepakat utk lancarkan satu operasi..operasi ape?hehehe...lets name it as 'Ops No Bazaar'..mcm polis pulak ek...lancar2 operasi :P
Bukan apa..byk sgt bad experience dgn bazaar ramadhan ni..bukan semua tapi kebanyakan peniaga kaut untung lebih rather than memikirkan kualiti makanan yg dijual. byk kali terkena kuih basi la..rupa cntik tapi tak sedap..mahal dan seumpamanya.
tahun lepas 'ops no bazaar' kami takde la berjaya 100%..ada juga 2-3hari terpaksa singgah ke bazaar dek terlalu penat nk masak. Tapi mmg most of the time..balik keje aje..saya dah 'bersilat' didapur..letih mmg letih..janji dapat berikan yg terbaik untuk keluarga..itu dah cukup nikmat.
Tahun ni harap2 matlamat 'ops no bazaar' kami tercapai 100% insyaallah!bukan itu saja...'ops no biskut raya' pun ade...insyaallah tahun ni saya tak nak beli/order apa2 biskut raya. Beli pun hanya utk mertua. Tahun lepas punya la beli kuih yg mahal & sedap..puas hati?mmg puas hati..tapi bila sedar2 balik..sgt la membazir!bukannya ramai tetamu yg dtg rumah buruk kami..kuih tu pun most of the time..kami yg terpaksa menghabiskannya..
Dan lagi satu..saya cuba sebaik mungkin utk avoid santan & minyak dalam masakan. jika perlu baru guna..wah....sound like..pengamal makanan sihat kan?hahaha...
kali ni kami berbuka ringan2 aje..cukup minum air & kurma atau kuih muih..lepas terawih baru makan makanan berat..baru selesa solat. Hati pun rasa gembira..
Disebabkan 'ops no bazaar'..saya dah pun buat sedikit preparation..meh saya share apa yang saya prepare...preparation saya cuma berdasarkan pengalaman sendiri dan berdasarkan masa yang sgt limited utk menyediakan juadah berbuka (saya selalu sampai rumah sekitar pkl 6 petang)
sorry terpaksa tayang freezer yg tak tersusun ni..1)pastikan beli barang basah secukupnya (paling kurang utk seminggu). Saya tiada masa untuk membeli stok makan secara harian. So saya beli byk2 sekali.
2) bahagikan makanan basah kepada beberapa bahagian kecil.contohnya..Sekilo daging boleh dihagikan kepada 6 bekas kecil..mcm saya, saya bahagikan mengikut portion makanan yg akan disediakan..bekas kecil utk rencah (eg. utk mihun goreng)..bekas besar sikit utk main menu (eg. daging blackpepper). So disini kita jimatkan masa utk menyediakan makanan. tak perlu ambil masa yg lama utk defros dan menjaga kualiti dan zat bahan makanan basah tu..ingat ye..sekali dah defros..jgn masu freezer semula ye.
3) kalau boleh plan menu awal2.
4) sediakan/potong/hiris bawang & rencah makan awal2 dan masukkan dalam fridge. Balik kerja terus masak..so tak perlu spend masa utk potong bawang dan sebagainya.
5) stok sayur pun kena jaga elok2..sebaiknya asingkan sayur mengikut jenis dan letakkan dalam bekas berlainan utk memastikan kesegaran sayur. saya sukakan cauliflower & carrot sebab tahan lama. Sayuran hijau saya tak buat stok byk2 sbb cepat kuning, paling lama 2-3 hari saja.
so far ini saje la yg saya sempat prepare. mula2 mmg terfikir nak beli microwave..masak byk2..then divide into small portion..balik kerja heat aje..tapi kan tak elok utk kesihatan dan tak fresh..mcm tahun lepas..fridge saya kecil sangat..so ssh nak simpan stok makanan. dan thn lps saya tiada preparation yg lengkap..sudahnya saya terlalu penat didapur sampai jejas kualiti ibadah..nak solat terawih pun tak larat!
tahun ni azam baru!saya cuma masak yg simple aje..rebus/bakar/panggang! senang!tak perlu kuih muih pelbagai!pendek kata bersederhana.
Apa pun mudah2an puasa kita kali ini lebih baik dari tahun lepas!Selamat berpuasa semua!
menu semalam..ayam panggang!(gambar semasa masih dlm oven :P )