Followers

Showing posts with label muHaSaBah. Show all posts
Showing posts with label muHaSaBah. Show all posts

Tuesday, August 02, 2011

Formula Khatam Quran & Tadarus

Salam Ramadhan

Cuma nak berkongsi entry lama tentang khatam al-Quran di bulan Ramadhan. Semoga bermanafaat utk semua yg membaca..

petikan entry lama..

khatam=30juzuk
30juzuk/30hari Ramadhan=1juzuk/1hari
1juzuk=10helaian
10helaian/hari=2helaianx5(sele​pas atau sebelum solat fardhu)


link ke entry lama disini [...]


Wednesday, April 01, 2009

ApRiL FooL...

Salam..
ramai org kata, April Fool adalah hari bergurau senda...emmm..tapi hakikatnya tahukah anda sume apa cerita disebalik kewujudan hari april fool..masa sekolah dulu..pernah la juga smbut..tapi takde la taksub or melampau..gurau biase2 jer..
so hr ni sy nk share sikit pasal april fool yg sy copy paste dr thread Ratuhati yg dikirim oleh ct_miza..
p/s: miza..izinkan sy publish artikel ni ek..


Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub
dengan budaya 'pandang kebarat'.Berbalik kepada perayaan April Fool's
Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di
Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan
Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di
dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.. Tentera-tentera
Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut
merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat
kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah
disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Sunday, January 18, 2009

DoSa MeNiNggaLkaN SoLat

Salam semua..apa anda rase tntg tajuk n3 sy kali ini?sesuatu yang serius kah? sesuatu yg menginsafkan kah? atau sekadar copy paste info dari web yg di search melalui internet?jawapan sy..adalah sume yg dinyatakan diatas..ya mmg ini perkara serius, mmg menginsafkan & memang sy search tntg info solat ni di internet. sesekali sy nk tulih n3 yg ilmiah, bolehkan..hehe..tujuan sy utk menasihati, muhasabah, mengingatkan dan memperbaiki diri sy sendiri, jika n3 sy ni boleh memperbaiki diri anda juga..alhamdulillah...laksana sudah tanggungjawab sy utk saling ingat memperingati sesama saudara seislam..alhamdulillah.

n3 ini berkaitan dgn azam baru sy...sy ingin solat diawal waktu!!!alhamdulillah azam sy ini trt dikongsi bersama beberapa teman se'lab'..laptop sy, sy install kan dgn software waktu solat..setiap kali masuk waktu..ia bgaikan reminder utk sy dan kwn2 yg lain..supervisor sy mmg MELARANG kami memasang speaker, kalo nk dgr lagu, pasang headphone sendiri.sy kurang gemar atau lbh tepat lg, mmg tak suka mendengar muzik melalui laptop. itu sbb sy ni krg up to date ngan lagu2 baru..hehe..so tak jd masalah kalo sy ON speaker..sbb laptop sy hanya akan 'bising' dgn alert virus (itupun jrg sekali berlaku) dan suara azan setiap kali masuk waktu..*ON speaker utk dgr azan, dibenarkan & digalakkan oleh supervisor sy..so sesiapa yg leka dgn keje akn tersedar.."owh dah masuk waktu"..ini sgt penting terutamanya kat bdk2 lelaki yg lewat g solat jumaat..terkocoh2 hangpa!pdn muka..malu la tu lmbt g masjid!babab baru tau!!haha..

berbalik pada tajuk n3...umum maklum.."kalo tak solat berdosa!"ini la ayat yg biase kt guna..esp utk mengajar budak yg baru nk bersolat..tapi sebenarnya pada pendapat sy, ayat ni perlu di detailkan lg dgn jenis2 atau bentuk dosa tersebut..ha..baru gerun siapa yg mendengarnya..kalo didik ank2 dr awal dgn cr ni, agaknya..insyaallah lekat dlm pale otak smpai besar..kompem tak tinggal solat lagi kan?!mcm sy sendiri..alhamdulillah mase sek menengah sy bersekolah agama..jd sy tahu soal dosa & pahala..tp yg jd masalah..apabila keluar dr sekolah, masuk "U" dan bercampur dgn kawan yg pelbagai..sikit demi sikit, keimanan itu luntur..slh sy sendiri!ya Allah ampunkan la aku!

sy bukan baik sgt ye..sy ulang sekali lg, n3 ni sy tulis khas ditujukan utk diri sy sendiri. bukan apa..lately..sy rasa sy sudah mula utk cenderung meringan kan solat..sy selalu lewat2 menunaikan solat walaupun sy maklum dgn hukumnya..malam terutamanya..lps solat maghrib berjemaah dgn hasben..sy busy plak didapur.tak pun mengemas umah..sbb masa ini je yg ade utk sy buat semua itu..lps tu melayan aisyah plak..susukan sampai terlena semula..kdg2 mengambil masa berjam..sbb dia suka nyonyot walaupun mata dah pejam n terlena..alahai aisyah..comel ank mama!!so sy tak dpt solat sebaik saje masuk waktu..ini alasan sebenarnya!!huhu..lemahnya hambaMu ini utk melawan bisikan syaitan..biasanya time ni hasben dah selesai solat..kami jrg solat berjemaah isyak. then lps tu..mula la sy beritahu diri sendiri.."ok takpe..tido dulu, tgh mlm bgn la solat".sambil lena bersama aisyah...inila bisikan hati sy yg paling jahat dikala mlm hari!!!sudahnya sy terlena..bila aisyah lepaskan puting pun tak sedar..kononnya nk bgn tgh malam..emm..bila dah ngantuk..sy lupa dosa!ya Allah..ampunkan la hambaMu ini!!sy cukup bertuah kalo terjaga sebelun subuh..alhamdulillah dpt tunaikan isyak..tp ade kala nya terlajak ke subuh..sudahnya..dlm catitan malaikat "kesalahan:meninggalkan solat isyak"..ya Allah..berdosanya!!!!jgn jd seperti sy!

marila kawan2..kita perbaiki solat kita..jgn lupa padaNya yg telah mengurniakan kita dgn segala nikmat. ingatla..Allah hanya memanggil kita 3 kali seumur hidup kita..pertama:azan..Allah memanggil kita utk sujud kepadaNya, kedua:panggilan ke tanah suci mekah, ketiga:maut..jgn la kita tunggu panggilan ketiga tanpa menyahut panggilan yg pertama. kita sahut dan sempurnakan panggilan yg pertama dan berdoa bersungguh2 supaya kita dpt panggilan Nya yg kedua..insyaallah kita bersedia dan tersenyum bila menyahut panggilan Nya yg terakhir..

kdg2 sy tertanya2..kalo kita masuk keje katakan la pukul 8, kita pasti berusaha sedaya upaya utk dtg awal sebelum pkl 8, tapi kalo masuk waktu zuhur pukul 1.24 p.m, kdg2 kita tgk jadual waktu solat..bila plak waktu asar...owh..masuk asar 4.47 p.m..ahh solat jap lagi la...tgk kan..mudahnya undang2 Allah kita lalaikan sedangkan undang2 manusia, kita ikut & patuh!sy tak kata sesiapa..sbb sy pun mcm itu juga..huhuhu

okla..rasenya ini antara n3 terpanjang sy..dah la takde gambo..sure korang boring bace kan..hehe. seperti yg sy jnjikan berikut sy 'tempek' info tntg dosa2 meninggalkan solat...semoga menjadi renugan yg berguna kpd anda semua..ingat dan hafal..semoga kita berasa gerun setiap kali terlintas dihati utk meninggalkan solat.

sumber dari: www.youthsays.com

Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Solat Subuh

Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor

Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar

Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib

Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya'

Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.


sekian..wallahualam..yg baik dtgnya dari Allah, yg buruk adalah kelemahan sy sendiri..renung-renungkan & selamat beramal..