Followers

Showing posts with label ReSePi. Show all posts
Showing posts with label ReSePi. Show all posts

Friday, September 23, 2011

JaMuan Raya

Salam..

Masih ada mood raya?ke dah jenuh memenuhi undangan 'open house'?..:)
hari ni jamuan raya di tempat kerja..tema?western food...haha..masing2 dah jemu dgn rendang, ketupat, lemang dan segala yg bersantan agaknya..jamuan kecil-kecilan secara potluck katanya..tapi ada la juga yg sponsor main course..apa yg saya sumbang..tadaaaaaaaa...trifle dan blueberry cheesetart..trifle tu ikut kreativiti sendiri je..cheesetart pun main hentam saja..sbb tak pernah buat yg sebesar dabak gini..tgh2 malam buta 'bersilat' didapur..ntah apa rasanya tak tau la..deco pun buruk..inspirasi dari kak ita 'masam manis'...kira ok kot utk beginner mcm saya ni..haha..lets pics do talking..

giant blueberry cheesetart..rasa apa ntah..belasah je la labuu..

trifle..ni belum siap sebenarnya..

apapun..kengkawan opis..sudilah rasa hasil tgn saya yg tak seberapa..tak sedap..ampunnn..pada yg sedang membaca..tgk gambar je ye. feeling2 ambik bau & feeling2 makan...jadi la kan..hihi..


Monday, August 08, 2011

Roasted chicken/ayam 'tergolek' ala Della

Salam

Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Weekend lepas saya dan abang sekeluarga sempat balik kampung melawat kakak sekeluarga. Lain benar rasanya balik kampung tanpa mak menyambut kami di muka pintu..Lain benar rasanya balik kampung tanpa merasa laksa mak yang sedap...rasa kosong dan sunyi..tak sabar tunggu mak balik dari umrah!

Menu special hari itu adalah roasted chicken/ayam golek. Haha..ini lah kali pertama saya mencuba resepi ni. Takut je tak menjadi. Macam2 resepi saya google. Tapi tak semua resepi saya berkenan especially yg selera melayu ni..ada yang bersantan la..mcm2..satu je resepi yang saya berkenan..ilham dari kak roza. Walaupun kak roza tak bercerita secara details bahan2 nya..tapi ilham dari kak roza buatkan saya berimaginasi dan mereka2 resepi sendiri.

Alhamdulillah..walaupun rupanya tak la seindah ayam golek kenny rogers..tapi rasa nya boleh tahan sedap..(eh bagi saya sangat sedap...wah..puji diri sendiri gitu!). Untuk yg bertanya menerusi FB hari tu..di sini saya kongsikan resepi. Resepi saya tiada sukatan metrik tau..semua main campak2 aje ye..pandai2 la adjust mengikut kuantiti ayam

Bahan-bahan

seekor ayam
kentang
carrot
cauliflower
kacang peas
putik jagung
capsicum
lemon
garam
oregano
blackpepper(tumbuk kasar)
bawang merah
bawang putih
halia
sedikit butter
minyak zaitun (saya guna minyak kelapa dara)
sos tiram
kicap
garam

cara-cara

bersihkah ayam
lumurkan ayam (luar dan dalam)dengan bawang merah, bawang putih & halia yg telah ditumbuk kasar, garam, sos tiram, oregano & kicap. perap paling minimum 1jam.
letak ayam di dalam dulang membakar dan letakkan sebiji bawang yg telah dibelah epat (atau lebih) di celah-celah ketiak & paha ayam. jika ada bahan perapan (cecair) yg berlebihan. masukkan ke dalam cavity (bhgian dalam ayam). belah 2 lemon. satu bahagian diperah rata atas ayam.satu bahagian lagi disumbat dalam cavity. jgn lupa letak capsicum yg telah dihiris juga.curah sedikit minyak zaitun (saya guna minyak kelapa dara sbb minyak zaitun takde kat kg) di atas ayam. bakar dgn suhu 200-250degC. Sementara itu rebus kentang dan carrot separuh masak dan masukkan dicelah-celah ayam yang sedang dibakar. bakar selama lebih kurang 1 1/2 jam. pastikan ayam masak dengan mencucuknya..Kalau ada cecair keluar..kira ok la tu. keluarkan dari oven, asingkan ayam dengan sayuran dan cecair (chicken stok) yang terhasil. balut ayam sahaja dengan aluminium foil, dan bakar lagi selama lebih kurang 1/2 jam. sementara tu, rebus/celur sayur yg selebihnya.
chicken stok yg terhasil boleh digunakan utk membuat blackpepper sauce (nanti saya share resepinya).
bila ayam dah masak, hias dengan sayuran2 tadi..ok..sedia utk dimakan..(sambil berangan ddk di kenny rogers)

ayam golek blackpepper yg rupanya tak seberapa..tapi umppphhh!


Tuesday, July 26, 2011

Homemade playdoh & food stall

Salam

Lama menyepi sebab kurang sihat..ok nak cerita tentang mainan baru Aisyah..
tadaaaa..food stall!

Kesian tengok dia asyik berimaginasi menjual nasi lemak @ Aisyah selalu panggil 'nacik lemak singgit lima belas' (tak tahu kenapa murah sgt dia letak..hehe)...then mama pun belikan food stall yg 'real' utk dia betul2 berimaginasi..mana tau satu hari nanti bolehjadi tokey restoran ternama..kan kan..

Seronok tengok Aisyah gembira..hari2 asyik tanya mama & papa nak order apa..kadang2 tu siap paksa kami berlakon macam betul2 menikmati makanan. Kebetulan kakak saya di kampung pun meniaga kuih kecil kecilan..mula la Aisyah meniru gaya menjual & membuat kuih muih..disebabkan set playdoh yg kami belikan utk Aisyah limited aje, setakat ada 'mesin' buat aiskrim je dan doh nya pun limited, jadi mama pun bercadang nak buat homemade playdoh..save budget la katakan...sebab tau-tau la harga playdoh kan..belikan set aiskrim hari tu pun dah pitam rasanya..jadinya bila ada playdoh, Aisyah boleh la buat 'kuih karipap', 'pizza', 'mee' dan lain2..utk 'jual' kat food stall dia..hehe..

resepi utk homemada playdoh ni boleh google aje ye..saya pun ambil di internet..sekali lagi saya tulis di sini utk rujukan

bahan-bahan

2 cwn tepung gandum (saya guna tepung high protein yg tak habis2 tu)
1 cwn garam halus (saya rasa elok lagi kalau blender kasi halussss)
1cwn air
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cream of tartar (utk memastikan keanjalan doh)
1 sudu kecil esen vanilla (tak letak pun takpe)
pewarna makanan yg disukai

Cara-cara

1) satukan kesemua bahan dalam periuk @ mangkuk tahan panas, gaul rata
2) masakkan di atas api yg kecil sehingga aduanan menjadi seperti tekstur kentang lecek (rujuk gambar di bawah)

3) biarkan aduanan sejuk seketika dan keluarkan dari periuk/mangkuk

4) uli adunan hingga menjadi doh licin dan kepal-kepal kan mengikut size yang anda suka

5) warnakan doh yang telah dikepal dengan pewarna makanan yg disukai

6) simpan doh dalam bekas bertutup utk mengelakkan doh menjadi keras

7) selamat bereskperimen dengan anak2 anda...!

yey!pizza satu! siap!!

ada yg bertanya..kenapa garam sampai 1 cwn? entah..saya pun tak tahu..tapi logiknya..anak2 takkan makan playdoh ni sbb masin ya amat..hehe..sebabnya Aisyah dah try..hehe..playdoh yg biasa tu..dia tak berani makan sebab dia tahu benda tu mainan..playdoh yg mama buat ni..dia ingat mcm adunan kek/kuih yg selalu mama buat..tu sebab dia berani masukkan dlm mulut..tiba-tiba..'mamaaa..macin aaa'..lepas tu saya perasan, dia tak cuba makan playdoh tu dah..kalau termakan pun takpe..sebab semuanya diperbuat dari bahan2 makanan. cream of tartar tu pulak fungsinya utk memberikan keanjalan kepada doh, senang la nak reka bentuk apa pun nanti, esen vanilla pulak..nak bagi wangi je. Kalau ade esen lain pun boleh cuba. Lagi satu, ada yang bertanya..tahan berapa lama?yg ini saya belum boleh jawab..sebabnya saya baru simpan doh ni hampir 3minggu..alhamdulillah..takde kulat dan elok aje elasticity nya. janji, simpan dlm bekas bertutup. Utk mommies yg rajin..boleh cuba..ajak anak-anak sekali dalam proses penyediannya..confirm anak-anak suka & teruja!

Selamat mencuba!

Thursday, June 23, 2011

Kek Karamel

Salam

Semalam saya buat kek karamel. gara2 terpengaruh dengan gambar kek karamel yg dibuat oleh kak sualeen di sini dan sini. Lepas tu tengok Fiza pun sibuk juga buat kek yang sama. Hati mcm tak keruan melihat 'keenakan' kek tu.. Tapi apa yg paling penting..rasa meluap2 ingin bereksperimen...nak rasa tu jatuh nombor 2..hehe..maka terhasillah kek karamel versi 'derhaka' ini..kenapa derhaka?inilah kisahnya:

ptg semalam menghampiri pukul 5ptg, saya sempat print resepi yang kak suealeen tulis di enakrasa.com. Masa dalam kereta..curi2 pandang bahan2 nya..kebetulan hampir semua bahan ada dirumah kecuali susu cair! nak singgah kedai, payah pulak sebab husband outstation. Saya berseorangan dengan Aisyah. Bukan senang nak handle kanak-kanak comel ni sendirian kalau ke kedai. jadi nya instead of guna susu cair..saya guna aje susu tepung Aisyah (jgn marah mama ye Aisyah)...

Malam tu lepas asingkan putih & kuning telur, saya sediakan bahan2 lain..tup2 tengok gula kastor pulak habis..ngam2 tinggal 3 sudu besar..cukup2 utk buat karamel je..godek punya godek..jumpalah brown sugar. itu pun alhamdulillah cukup2 aje.

dengan susah payah dan 'bantuan' dari kanak-kanak comel tu, alhamdulillah jadi juga kek tu..
yg paling seronok..Aisyah la!Setiap kali saya baking..mesti dia kata "ecok bawak sekolah ye"
Mana tak nya..Aisyah sentiasa featured dlm setiap process.. dia la yg tukang ambilkan kitchen scale. dia juga tukang carikan & ambilkan bahan2 dan tukang simpankan barang2..dan juga tukang perhati..tukang bawak bowl & tools yg kotor masuk dlm sinki. pendek kata dia involved dlm setiap proses..tu yg dia lah yg paling tak sabar bila kek dah masak..

ok..ini resepinya..saya ambik dari enakrasa..
resepi dari kak suealeen. resepi asal..katanya dari kak munira baharum
p/s:tulisan warna merah=yg saya 'derhakai' hehe

(A)

2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.

(B)

½ tin susu cair (200 ml) ~saya guna 5 sudu besar susu tepung dibancuh dengan 200ml air
70 gm gula kastor~saya ganti dengan gula perang
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.

(C)

135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak ~saya guna minyak jagung
70 gm gula kastor ~saya ganti dengan gula perang
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik

~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.


(D) (Meringue)

6 biji putih telur
70 gm gula kastor ~saya ganti dengan gula perang
1 sudu teh cream of tartar (optional)

- Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

Cara penyediaan:

1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius.Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. (saya guna 150°Celsius guna api atas dan bawah selama 10 min..dan 50min lagi guna api bwh sahaja)

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.


Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.

nota tambahan: sebelum terbalikkan elok bagi sejuk sepenuhnya..sebab takut lapisan susu dan karamel terlekat dan tertinggal pada loyang..


fresh from oven...yg dah siap potong tak sempat nak ambik gambar sebab 'selling fast'!hehe...
harus try lagi kek ni..pada dasarnya kek ini cuma kek span biasa..tapi bila feat by karamel tu yg buat kek ni rasa lain dari yg lain..sedap uuu..kalau kreatif lagi...kek tu boleh ditukar dengan any other recipe..selamat mencuba!
Link

Monday, April 04, 2011

Resepi Kek Span Berlapis

Salam

Weekend lepas saya merajinkan diri untuk mencuba kek span pula. Dan lama dalam to-do-list. Baru kali ni berkesempatan.

Resepinya saya ambil dari kawan saya Cik Wan. Resepi asal dari myresepi katanya. Cuma saya ubah sedikit bahan dan teknik saja..yang lain-lain semuanya sama. Saya lapiskan dengan 3 perisa berbeza. Bila blogwalking, ramai pulak yang buat kek berlapis mcm ni, itu yang tak sabar2 nak cuba juga.


Bahan-bahan:

150g tepung superfine (boleh juga guna tepung gandum)
120g gula kastor (saya guna gula pasir)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil garam (kalau menggunakan salted butter, tak perlu letak)
80ml minyak/butter cair (saya guna minyak jagung)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecik esen vanilla
1 sudu kecil butter oil (optional, kalau guna minyak tapi nak ada bau macam guna butter, letak la)
1 sudu kecil blueberry emulco
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pandan emulco
sedikit pewarna yang bersesuaian
sedikit serbuk koko

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180degC. Dan sediakan air panas (untuk water bath).
  2. Masukkan tepung, baking powder, garam, telur, gula dan ovallete ke dalam mangkuk dan putar sehingga gebu (saya putar dengan kelajuan perlahan, sederhana kemudian tinggi selama 5 minit). Masukkan esen vanilla.
  3. Kaup balikkan minyak/butter cair ke dalam adunan. Kaup berhati-hati utk mengelakkan buih2 udara yg terperangkap hilang. Nanti kek tak spongy.
  4. Bahagikan aduanan kepada 3 bahagian. Satu bahagian di campur dengan blueberry emulco dan pewarna ungu, satu bahagian di campurkan dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan pandan emulco dan sedikit pewarna hijau.
  5. Alas loyang dengan baking sheet,tuang adunan berselang seli, ayakkan sedikit serbuk koko antara setiap lapisan.
  6. Bakar adunan pada suhu 180degC secara water bath selama 40 minit atau sehingga masak. Saya hanya menggunakan api bawah dan 5-10 minit terakhir baru saya buka api atas.
  7. Bila dah masak, keluarkan kek dari oven, tunggu lebih kurang 5 minit, keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai.

p/s: Jika tak suka perisa yang berbeza2 dalam sebiji kek, boleh abaikan emulco dan pewarna. Buat kek yang plain atau satu perisa sahaja. Selamat mencuba

Tuesday, March 29, 2011

Resepi Karipap Pusing



Salam..

Asyik bercerita tentang kek..dan kuih2 moden..kali ni nak share resepi tradisi..karipap!
Husband dan anak saya Aisyah suka sgt makan karipap..nak nak karipap pusing.
Kakak saya (saya panggil atak) juga meniaga karipap pusing di kampung. Ini first time saya buat karipap pusing sendiri. Sebelum ni asyik mengacau atak saya buat aje. Nak buat ni pun..berkali2 call atak. Naik rimas dia. Biasa la tokeh karipap..mana ada sukatan yg betul2..main agak2 aje. Saya pun sebenarnya tak berapa suka masak bersukat2 ni. Resepi ini pun saya main agak2 aje..resepi doh aje ye..inti ikut suka la nak letak inti apa. saya prefer kentang & daging cincang

Bahan2

Doh A
500 g tepung gandum
2 sudu besar gula
4 sudu besar shortening (atau lebih sikit pun boleh)
sedikit garam
air sejuk (air+ice kiub) secukupnya

Doh B
250g tepung gandum
marjerin/mentega secukupnya

Cara2

Doh A
satukan semua bahan kecuali air sejuk
gaul hingga sebati
masukkan air sedikit demi sedikit hingga terbentuk doh yg lembut
uli hingga doh lembut dan agak kenyal
rehatkan dalam 15-30min dalam bekas tertutup
kepal bulat2 berdiameter lebih kurang syiling 50sen

Doh B
gaul tepung dan mentega/margerin sehingga terbentuk doh dan boleh dikepal2.
kepal doh bulat2 berdiameter lebih kurang sebesar syiling 20sen.

ambil doh A yg dah dikepalkan sebesar syiling 50sen tadi..leperkan atas tapak tangan..letak doh B ditengah2nya dan balutkan dengan doh A tadi..bulatkan.
dengan menggunakan roller, gelek aduanan menjadi sebesar tapak tangan.gulung.
gelek sekali lagi gulungan tadi secara memanjang dengan kelebaran lebih kurang selebar 3 jari tangan dan gulung sekali lagi. ambil pisau dan bahagi 2 gulungan tadi. setiap satu gulungan di gelek membentuk bulat. masukkan inti dan kelim.
goreng dengan api sederhana sehingga keemasan. siap

karipap pusing rangup siap!!!

p/s:utk langkah yg lebih jelas..lain kali saya sertakan step-by-step yang bergambar.

Monday, March 07, 2011

Blueberry Marble Buttercake & Blueberry Cotton Cheesecake

Salam

Dulu pernah rasa nk stop baking..
tapi tak boleh pulak sbb seronok bereksperimen dengan resepi2 baru & mengasah skill membuat kek.

Masa kecil2 dulu, mmg jangan mimpi la nk makan kek kalau tidak semasa hari raya. Kek yg sy tahu..cuma kek pandan saja. Itupun dibuat sendiri oleh mak sy setelah join kelas masakan kat dewan org ramai. Masih sy ingat, zaman tu...mana mampu beli mixer.. so tukang pukul adunan..abg sy la..pukul planta (masa tu packaging dalam tin) dengan gula yg disukat dgn cawan minum teh. Pukul sampai kembang dengan senduk kayu.. kalau abg penat, pas pulak kat adik2 :D..proses buat kek beramai2 amat la seronok. walaupun setakat kek pandan biasa..

Menginjak ke sekolah menengah. Sy belajar membuat kek dari cikgu KH @ ERT (ekonomi rumah tangga)..masih sy ingat..itula kek yg paling sedap sy rasa..berbelang2 mcm pelangi..maklumla budak kg..dapat makan kek la katakan..nikmat!Dari situ la sy minat baking..terima kasih cikgu!

tak mampu rasanya nak stop baking...kalau sy ssh hati..sedih..tension..baking adalah salah satu terapi..lega & seronok bila tgk kek menjadi.

kisah buttercake sy..sekian lama sy mencari resepi yg betul2 berkenan dihati..percubaan kali ni..tak menghampakan..berbaloi berjaga sampai lewat malam utk membuat kek ni..ye la..mlm aje ade ketenangan..Aisyah tak kacau. Resepi kek ni dah sy'derhakai' sikit-sikit :D

Blueberry Marble Cheesecake

Resepi:

250 g pure butter
250 g tepung naik sendiri
180 g gula
4 biji telur
100 ml susu penuh krim
2 sdk blueberry emulco
sedikit pewarna purple

Cara2:

panaskan oven pada suhu 180deg C. pukul butter dan gula sehingga gebu.
masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan tepung.
masukkan susu dan kacau sebati. bahagi adunan sama banyak. satu adunan dicampur perwarna puple & blueberry emulco. satu lg biarkan warna asli. tuang adunan dalam loyang berselang seli.
bakar selam 30 min atau sehingga masak. (tapi sy suka guna teknik water bath-api bawah sahaja. bakar lebih kurang 1jam)

Blueberry cotton cheesecake

kek ni versi 'derhaka' juga..tp menjadi la texture nya..resepi nnti sy tuliskan..sbb kek ni perlukan penambahbaikan dalam teknik nya lagi..

Wednesday, March 02, 2011

Roti Jala & Kek Marble Pelangi

Salam..

saje nak tanyang2 produk main masak-masak yg sy buat sebelum2 ni..
ini first attempt buat kek marble pelangi..aduanan actually premix je..sbb nya intention utama adalah pada ke'marble'an kek itu aje..jeles tgk kak sue aleen , lady & beberapa bloggers masakan yg buat kek2 depa cun sgt belang nya..tq to kak sue aleen sbb sudi ajarkan cara nk buat belang marble ni..sebelum ni sy buat..manjang tak jd..lps ni boleh buat lg..

kek ini special utk anak2 kecil kat Taska Sri Ilmu..kengkawan dak Aisyah..

semalam try pulak roti pagar jala. Resepi ikut sukatan takde ye..main letak2 je sbb dah selalu buat..main agak2 je..tp kali ni special sbb tak 'menjala' mcm biasa..sgt tertarik ngan teknik yg kak min lemongrass , kak hana (hanamemories) & ai (suhaiza) buat.
pernah try buat dgn botol sos biasa..tp tak jd2..keciwa!botol yg ade 3 lubang tu...kena beli kat Daiso..tp almaklumla..walaupun dekat2 je outlet2 Daiso tu...belom merasa nk jejak lg..jenuh pujuk dah 'org tu' suruh bawakkan..last2 terjumpa plak botol berlubang 4 dan 5 kat kedai brg2 kek ni..yg lubang 5..kecik2 sgt lubang nya..so sy beli yg lubang 4..malam td jugak try buat..
eh eh..mcm jd..tp kena practice lagi..sbb tak baper cantik sgt..
roti2 jala ni dok lepak dlm fridge lg..sbb pg td tak sempat nk buat kuah..ptg2 or mlm2 ni aaa baru cont. tp nk tunjuk jgk hasil 'menjala' mlm tadi..tadaaaa

yg ni dah nk dekat habis bancuhan..2 lubang dah tertutup..so jd jarang2

belum gulung..sbb xcited buat pagar2..haha

Wednesday, November 03, 2010

ReSePi TriFFLe

Salam

rentetan entry semalam...ramai yg terliur ek?hehe..kalau berjiran..sy dah bg dah..dok ade dlm fridge lg..takde sapa mao makan..

ok..since ade yg request resepi..ni sy sertakan..resepi nya senang..tp kalau tgk mat saleh buat lag terliur..ye la triffle makanan tradisi diorg..mcm kita org melayu ade kuih lapis la...ade seri muka..ha..lebih kurang la tu..berlapis2 juga :P

ok..actually sy takde resepi khusus..ini gabungan resepi2 yg sy cari di internet..sebenarnya terpulang pd kretiviti masing2 nak buat cemana..mcm sy tak berapa suka manis..sy suka masam2 sikit..lemak2 sikit..

ok sy tak list barang2 ye..terus pd penyediaan..ini utk triffle bertemakan strawberry. adunan ni sy dapat buat 2 bekas..tp bergantung pd bekas masing2..dan ketebalan triflle yg dikehendaki

lapis pertama..

1/2 buku kek swiss roll berperisa strawberry (sy beli dari King's..mmg sedap)
kalau ikutkan sy tak berapa suka kek..jd swiss roll yg sy gunakan sy potong amatla nipis.
susun dlm bekas dan lembabkan dengan menyapu dengan air dari buah2an dlm tin (sy guna buah peach ayam brand)

lapisan kedua..

lapiskan secara nipis je strawberry jam..jam ni boleh buat sendiri atau beli saje di kedai bakeri..(sy beli di kedai aje) next time sy buat triffle sy tak mao dah lapis kan dgn strawberry jam ini..sbb terlalu manis sgt..nk try buat jam roselle pulak..kasi masam!:P

lapisan ke 3..

kastard..yg ni sy buat mcm ni...setin susu cair ideal campur dgn lebih kurang 1/4 tin air (sukat guna tin yg sama) secubit garam, 3 sudu tepung kastard dan beberapa sudu gula..sy letak 3sudu je sbb tak nak manis..then sesudu kecil esen vanilla. campur semua dan masak atas api yg kecil smpai berkilat..sentiasa kacau ye supaya tak berketul or hangit..sy kacau guna whisk..then tuang atas lapisan ke2

lapisan ke 4..

atur buah peach & strawberry..sy hiris nipis2

lapisan ke 5..

masak jelly strawberry mengikut sukatan yg diberikan pd kotak atau plastik..sy beli jelly yg kena masak dgn 1liter air..then tuang atas lapisan ke 5 tadi..jgn habiskan sbb nk guna utk lapisan terakhir nanti.

lapisan ke 6...

tuang/sapu whipping cream..sy beli yg spray je sbb malas nk putar

lapisan ke 7..

atur buah peach & strawberry yg lebih tadi

lapisan ke 8..

tuang baki jelly..kalau jelly dah keras..panaskan semula je..

ok siap..masuk dlm frigde..then tunggu la sejuk..

p/s: air buah2an tin yg lebih..jgn buang..boleh campurkan samada dlm adunan jelly atau kastard..lagi satu..pastikan semua bhn2 ada tanda halal yek..sbb kebanyakan buah2an dlm tin dan whipping cream tidak mempunyai tanda halal yg sah..jgn main redah je...:) selamat mencuba

Thursday, October 14, 2010

HoBi MaSaK MeMaSaK

Salam..

Hi sume..juz nk update tntg hobi masak memasak sy ni...ade sikit2 menu yg nk share..
sekarang ni sy tgh 'giler' mencuba pelbagai masakan baru. koleksi resepi pun dah bertambah..cuma nk mencuri masa membuatnya aje.

ok ni snek yg senang..tp remeh..actually snek ni snek wajib di hari raya. tp lately kami sekeluarga dah jrg buat sbb remeh sikit even bahan2 dia senang amat..ini dia..kerepek bayam...

sedap sgt2..kalo nk cantik elok guna bayam hijau..lg menarik!kalo guna bym merah hijau ni..nnti dah siap jd mcm warna daun kering..tp kalo guna bayam hijau..nnti jd mcm daun bewarna hijau berkilat..bg yg tak pernah cuba..rasa kerepek bayam ni ala2 rempeyek. kalo masa raya...kerepek ni la yg jd rebutan kat rumah sy. cuma yg leceh..nk goreng sehelai2..makan masa yg lama..dan kena bersedia dgn apron. tak pon pakai la baju2 buruk je..sbb kompom akan comot2 masa buat kerepek ni..teringat lg masa bujang2 dulu..buat kerepek ni dgn best friend sy..kak long..habis t-shirt kami comot dengan tepung2..selalunya budak2 yg dgn beraya..kompom taknak makan kerepek ni..sbb takut pahit..kan mcm sayur tu..tp lepas kena paksa..masing2 berebut2 nk lagi dan lagi..sama mcm aisyah..mula2 tak nak makan..dah makan..takmo berenti pulak..ok sini sy share step2 dan bahan2 utk buat kerepek ni..

bahan2..
bayam (pilih daun2 yg lebar2)
kapur sireh
tepung beras
jintan manis & putih (ditumbuk)
cili giling
udang kering (ditumbuk)
biji ketumbar (ditumbuk)
garam
air
minyak utk menggoreng

cara2..
bersihkan bayam..ambil daun sahaja..rendamkan selama lebih kurang 30min-1jam didalam air yg dicampur sedikit kapur sireh (utk mengeraskan sedikit bayam).
toskan bayam
bancuh kan tepung beras bersama2 cili giling,udang kering, jintan,biji ketumbar, garam & air.
kalo nk senang campur dlm blender..bancuhan tepung mesti cair je..then celup bayam dengan bancuhan tepung...goreng dlm minyak yg byk. refer pd gambar kat atas...toskan minyak dan simpan dlm bekas kedap udara..kerepek ni cpt lemau..so kena pandai2 la simpan elok2. selamat mencuba!

ok ni menu dari hanamemories. kalo hana terbaca..sy minta izin amik & try resepi dia...

ini cheese hamburger..tp sy tak buat sos mcm resepi hanamemories..dan sy punya hamburger ni pun..tak cantik je..tp aisyah suka sgt..

ini panmaki...pertama kali 'menggulung'..agak huduh ye...mesti otai2 yg pandai 'menggulung' ni tergelak tgk ni..tp okla kan utk beginner mcm sy ni..

apapun sy banyaaaaakk lg resepi yg sy mao cuba..dan dah byk resepi baru yg tak sempat diambil gambar...nnti senang2..sy provide resepi sy sendiri pulak ye..