Followers

Showing posts with label BeBeL. Show all posts
Showing posts with label BeBeL. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Chicken pox & Sultan Perak



Salam

Hari ni 19 April 2011. Orang Perak bercuti umum le ye yeop. Ate nye udoh hari jadi soltan ye dok.

Saya berasal dari Perak. Mengimbau kenangan 17 tahun sudah

Lokasi kejadian: Bilik Sakit di sebuah sekolah berasrama

Entah kenapa rindu pada keluarga dikampung meruap-ruap. Kali pertama berpisah dari keluarga..jauh pulak tu. Hati masih tertinggal di kampung, walhal sudah beberapa bulan di sekolah ini..homesick tak sudah-sudah. Saya mahu balik kampung! Itu kata hati. Budak umur 13 tahun la katakan. Anak bongsu pulak tu.

Buat pertama kalinya saya demam (atau sengaja buat-buat demam) lalu minta izin duduk di bilik sakit. Di bilik sakit tu ada katil-katil..berdinding putih..sebijik macam gambaran wad di hospital. Sambil baring-baring atas katil. Mata terkedip-kedip memandang syiling putih.mata tak mahu lelap, ada 2-3 orang pelajar lain juga..saya kira mereka betul-betul sakit (ntah2 buat2 sakit macam saya..hehe..tak baik buruk sangka). Nak berbual pun tak ada yg sudi melayan. Tangan meraba-raba kulit kepala yang tak gatal..tiba-tiba..tup..bunyi macam jerawat meletup. Tangan meraba ke telinga pula...tup..ada bintik dikulit pecah berair. Saya cuak. Teliti punya teliti..rupanya banyak bintik-bintik seperti gelembung air dibadan saya.

Tak ingat pula siapa yg pastikan gelembung air itu adalah petanda demam pelentong atau Chicken pox..yg saya ingat arwah abah menjemput saya pulang ke rumah keesokan harinya pada 19 April 1994. Dapat MC seminggu. Sekolah cuti hari tu sebab hari tu Hari Keputeraan Agong (Sultan Azlan Shah).

Yahuuuuuuu..sukanya saya bila dapat balik kampung..tak kisah la walau badan bercapuk-capuk dengan gelembung-gelembung air. Sampai bila-bila saya akan ingat tarikh saya terkena chicken pox..sama dengan Birthday Agong tu (errr..masa tu Sultan Azlan Shah adalah Agong). Kerana Chicken pox..rindu saya pada kampung & keluarga terubat.

Adakah hari ni saya celebrate ulangatahun je 17 saya terkena Chicken pox..errr..idak la kome ooiii..cuma nak ucapkan..selamat bercuti para rakyat jelata negeri Perak &Selamat hari Keputeraan Sultan Azlan Shah

courtesy..(....)

Wednesday, April 06, 2011

Simple formula...gaji oh gaji

Salam

Pertama kali..saya panjatkan rasa syukur pada Allah kerana memberikan rezeki.
Saya bukanlah tergolong dalam golongan kaya raya atau berkelas tinggi. Kerjaya yang saya miliki ini, sudah cukup buat saya! Gaji taraf biasa2 saja dan agak cukup2 sahaja untuk menampung kos hidup yang tinggi disini. Tak boleh bermewah2. Kadang kala..ada juga masa susah & rasa sempit. Simpanan pun tak banyak.

Saya membaca blog Prof Kamil semalam, tertarik, terpaku, terpana dengan sepotong ayat yang beliau tulis..

“Pak cik, orang sekarang sentiasa tidak cukup wang untuk diberi kepada ibu bapa kerana mereka mengharapkan wang sisa. Ibu bapa yang akhir sekali. Sepatutnya bila dapat gaji, keluarkan dulu untuk ibu bapa mereka, barulah duit cukup”

Saya terkesima!selama ini saya tak pandang berat isu ini. Walaupun memang setiap bulan memang bagi pada emak..emak tak pernah minta..tapi selalu bagi lambat.. itu pun jumlah nya berubah2..cepat2 saya buat pengiraan semula...ini formula yang simple tapi susah sungguh nak ikut...jom keluarkan kalkulator...buat matematik sikit..mari kita betulkan pengurusan kewangan kita..supaya rezeki lebih2 berkat..

formula pecahan penggunaan gaji bulanan:

70%=keperluan
20%=simpanan
10%=kehendak


ingat ya..kena pandai bezakan mana keperluan dan mana kehendak. Kalau pandai berjimat..letak aje kehendak =5%, simpanan jadikan 25%.

Keperluan adalah seperti, hutang piutang berjadual yang perlu dibayar setiap bulan, bil-bil, ansuran/sewa rumah, makanan, barang-barang keperluan anak, petrol, barang-barang dapur dan seumpamanya. Duit utk ibubapa adalah termasuk dalam keperluan ye bukan saki baki tau. Tak kisah la sama ada ibubapa kita berkemampuan atau sebaliknya..bahagian utk ibubapa ttp diasingkan. Jika mereka tak nak...tambahkan kedalam simpanan kita.

Simpanan adalah simpanan yang berbentuk 'beku'..jangan la hari ni masuk..esoknya dah cocok ATM kad..keluarkan pulak! Sebaik-baiknya simpan dalam akaun yang tiada ATM kad atau ASB

Kehendak pula biasanya berbentuk "kemewahan" dan berbentuk optional (tak ada pun tak mengapa). Contohnya..tudung jenama ****** berharga RM100 sehelai yang bling bling :P

Jika ada lebihan dari bahagian keperluan..masukkan dalam simpanan..nampak mudah..tapi kita manusia biasa kan..selalu 'tergoda'.. apa pun semua BOLEH jika kita mahu berubah.

Saya menonton Oprah Show pagi tadi...ada satu fakta menarik yang dikongsikan. Kita sepatutnya perlu ada simpanan berjumlah 8 bulan gaji dalam akaun. Jika ada apa2 terjadi, insyaallah kita mampu atasi. Dan yang paling penting...ZAKAT pendapatan jgn dilupakan..insyaallah gaji yang kita dapat...berkat dan sentiasa cukup. Selamat membuat kira-kira!


Tuesday, April 05, 2011

Kenapa berblog?

Salam

Bila tanya soalan yang sama pada mana2 blogger..jawapan mesti variety..
Bila tanya pada saya..kenapa saya berblog? jawapan...suka-suka aje. kalau nak ikutkan..rasanya lama dah berblog since 2008..tapi tak adalah jadi blogger tegar. Saya suka share resepi, walaupun ramai/byk lagi blog2 masakan yang memang rata2 malatop da boommm! tak kisah la kan..lepas tu saya suka share hobi-hobi saya... kisah anak..then bebelan biasa..pendek kata semuanya biasa2 aje.

Nak kejar rating?no no no..tak termasuk langsung dalam senarai! Nak jana pendapatan sampingan? bukan juga..yang saya nak..suatu hari nanti Aisyah akan dapat baca cerita-cerita saya tentang dia..betapa saya sayangkan dia...melalui cerita-cerita di blog ni. Itu saja.

Mood menulis kat blog ni berubah-ubah..ada masa saya suka baking..saya byk bercerita tentang aktiviti mem'baking'..Jika mood menjahit saya menggebu-gebu..saya bercerita tentang jahitan2..berselang seli dengan bebelan biasa & cerita tentang anak saya..itu saja.

Blog yang saya selalu singgah..of course la blog geng2 Ratuhati dan 'must read' (refer side bar) dan juga blog masakan dan jahitan/kraf. Kalau perasan..most of the blog yang tersenarai semuanya milik kaum-kaum ibu yang bercerita tntg pengalaman masing2 semasa membesarkan anak..itu yang saya paling suka...of course blog mcm saya ni..anak2 muda tak ada la nak singgah kot..ini blog mak mak budak..haha...

ok la..petang2 mcm ni..bebel kosong aje...

Tuesday, March 22, 2011

Selena & Santa Esmeralda

Saya tak minat...err..tak berapa minat lagu2 zaman sekarang. Ada la dua tiga yang saya suka.
Masa belajar dulu, tak ingat entah siapa yang bagi & install mp3 dalam desktop saya. Terselit la Album Selena ni..dengar melodi..lirik..memang best. Tak sangka pula saya jatuh hati pada lagu-lagu nya..Sampai print lirik & tepek kat lecture notes :P. Konon-konon dilamun cinta la gitu..ceh! :P..selain Selena..saya suka lagu Santa Esmeralda, "you are my everything"...jiwang karat seh..serius suka..suka sangat! i ada piring hitam dia uuu..simpan buat kenangan! tapi husband saya amat la tak suka lagu ni..kenapa ntah..agaknya dia ingat lagu ni..lagu 'tema' saya dgn seseorang kot..ntah apa apa!
p/s: saya tak suka lagu "kasih kekasih"-inteam..bersebab!

ok jom layan lirik aje..mendung2 ni..mood pun swing..lalalala


I Could Fall In Love


I could lose my heart tonight
If you don't turn and walk away
'Cause the way I feel I might
Lose control and let you stay

'Cause I could take in my arms
And never let go

I could fall in love with you
I could fall in love with you

I can only wonder how
Touching you would make me feel
But if I take that chance right now
Tomorrow will you want me still

So I should keep this to myself
And never let you know

I could fall in love with you
I could fall in love with you

And I know it's not right
And I guess I should try to do what I should do
But I could fall in love, fall in love with you
I could fall in love with you

Siempre estoy sonando en ti
Besando mis labios, acariciando mi piel
Abrazandome con ansias locas
Imaginando que me amas
Como yo podia amar a ti.

So I should keep this to myself
And never let you know

I could fall in love with you
I could fall in love with you

I could fall in love, I could fall in love
With you...


Dreaming of You

Late at night when all the world is sleeping
I stay up and think of you
And I wish on a star
That somewhere you are thinking of me too

'Cause I'm dreaming of you tonight
'Til tomorrow I'll be holding you tight
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming about you and me

Wonder if you ever see me
And I wonder if you know I'm there
If you looked in my eyes
Would you see what's inside? Would you even care?

I just wanna hold you close
But so far all I have are dreams of you
So I wait for the day and the courage to say
How much I love you, yes, I do

I'll be dreaming of you tonight
'Til tomorrow I'll be holding you tight
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming about you and me

Corazon
(I can't stop dreaming of you)
No puedo dejar de pensar en ti
(I can't stop dreaming of you)
Como te necesito
(I can't stop dreaming of you)
Mi amor, como te exstraño

Late at night when all the world is sleeping
I stay up and think of you
And I still can't believe that you came up to me
And said, "I love you," I love you too

Now I'm dreaming with you tonight
'Til tomorrow and for all of my life
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming with you endlessly

Dreaming with you tonight
'Til tomorrow I'll be holding you tight
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming with you endlessly
(I'll be dreamin')

Dreaming of you tonight
(Endlessly)
And I'll be holding you tight
('Till tomorrow)
Dreaming with you tonight!
(Endlessly)
(Endlessly)
(Endlessly)
(Dreaming)

mari berangan beramai-ramai :P

Tuesday, March 15, 2011

Kondisi pasca-tsunami...

Salam...

Gempa & tsunami di Acheh...menyayat hati..
rasa sedih takut yg begitu mencengkam..
Subhanallah...besar sungguh kuasa Yg Esa..tak daya nak melawan..
mangsa..majoriti seagama...rasa lebih simpati...
TV, radio, surat khabar..sarat & panas dek cerita tragedi penghujung 2004 itu..
malah ada akhbar yg menambah halaman extra khas melaporkan tragedi itu..
simpati melimpah ruah..tabung bencana segera dilancar sehinggakan ada juga yg ambil kesempatan..
Tapi kenapa gempa & tsunami di Jepun...
Media kita seolah2 tak bersungguh2 melaporkan...
Malah ada yg menyiarkan artikel/karikatur yg menjelikkan..bencana di buat bahan gurauan!
Ada juga 'org' yg memberi komen menjelikkan di media..bukan calang2 org!
Ada juga yg gusar hal ekonomi berbanding luahan simpati
Menggambarkan seolah2 Malaysia ni tak sensitif..rakyat ber IQ sgt rendah!
Ada juga akhbar menulis kisah bintang porno negara matahari terbit itu terselamat dari bencana!
Excuse me..apa ke jadahnya kisah si bintang porno tu lagi penting? tak ada kisah lain mahu dikorek & diceritakan?
Malu..malu yg amat bila terbaca semua tu!
Adakah Malaysia kekurangan journalist yg genius?
Ataupun media sekadar buat apa yg patut utk lariskan akhbar?entah...

Adakah 'org besar2' tidak berfikir atau tak boleh fikir sebelum berikan kenyataan di media?katanya...(dialih bahasa dalam bahasa pasar) ~"pengajaran untuk semua negara. lain kali nak buat pembangunan canggih2..buat kajian dulu"~(lebih kurang gitu la maksud nya) excuse me...ini negara bertaraf maju..ulang sekali lagi..MAJU. Of course la setiap pembangunan disertai dengan kajian bertahun2..bagunan mereka direka kalis gegaran (tapi jika Allah kata..kun fa ya kun sekuat mana pasaknya..runtuh juga).....kalau tak ada kajian..sah2 gempa 3 skala ritcher pun boleh runtuh..bukan mcm negara kita..tak ada angin tak ada ribut..stadium boleh runtuh..siling makmal boleh roboh. bangunan kerajaan boleh bocor..aduaiiii...ceteknya pengetahuan.

Jika tak arif..paling2 tidak..cukup dengan ucapan takziah & menzahirkan simpati...cukup..memadai..tak usah memandai2 bercakap dari segi teknikal jika tak tahu mengenainya! yg penting..tak perlu kenyataan yg konon2 nampak hebat & pandai..zahirnya tidak! meluat!

Jika kita negara Islam..Acheh rata2 Islam...nun di Jepun..bukan Islam..tapi itu bukan alasan untuk kita men'double standard'kan apa2..malah...secara tingkahlaku nya cara mereka lebih 'Islam'..lebih bersopan santun...dari kita yg konon2 nya melayu Islam..Kalau kita di tempat mereka macam mana? Sudah la dilanda bencana....jadi bahan jenaka pulak....jika di Acheh..berduyun2 sukarelawan menghulurkan bantuan..kenapa sekarang tidak pula?

Please...revolusikan minda!(bak kata kak ummi). Beradablah..tak kira dengan siapa..apa bangsa nya pun..itukan sifat sebenar seorg Islam.

Sendai airport-before tsunami-courtesy [...]

Sendai airport-after tsunami-courtesy [...]

Untuk sahabat saya yg berada disana...En. Khairul & Pn. Hanim sekeluarga...saya dioakan semoga semuanya selamat & dilindungi Allah. Dan juga kenalan blogger..kak hana (hanamemories)..Semoga Allah pelihara kesejahteraan Kak Hana sekeluarga..
Juga kepada mangsa bencana yang tak mungkin membaca atau memahami apa yg ditulis...tiada apa yg boleh saya ucapkan selain ungkapan maaf dan takziah....saya yakin mereka pasti pantas bagun semula..!!

p/s: pasca tsunami-lihat link ini..[...] syahdu..insaf..sedih..takut..bercampur baur..takjub dgn kekuasaan Allah...jika Dia berkehendak..kita sebagai hambaNya tiada daya menghalang..bencana ini baru sejentik..bygkan bagaimana tiupan sangkakala..bersediakah kita?


Wednesday, March 09, 2011

Apa baiknya laman sosial?

Salam..

Penghujung tahun 2010, sy menduduki placement test utk english course..nak polish the rough edge la konon..mahu speaking london berhabuk2.. :p

all the candidate are required to answer few questions plus a short essay..we can choose either to write about our unforgettable memories during childhood or the advantages of social networking..ermmm..of course la sy tulis tentang social networking..nak ingat childhood?jenuh dok pikiaq la..tak berapa ingat..dah tua. :P

yes..of course social networking or to be exact FB gives us several advantages! tak dinafikan!
sy sendiri rasa happy sebab dapat kenal mengenali sahabat2 alam maya especially geng2 Ratuhati & Bloggers. Dan yg plg sy suka..sy dapat berkenalan semula dengan saudara mara yg dulunya hanya kenal gitu2 ataupun mmg tak pernah kenal & tak pernah bertegur sapa! bertukar2 cerita..buat reunion..kalau tak ada FB.. entah mcm mana la nak dapatkan semua contact number ataupun email masing2..memudahkan!

rakan2 sekolah..rakan2 universiti..bekas2 rakan sekerja...ada saja yg dtg menyapa..seronok!
bagi yg berbisnes...ye..FB adalah salah satu medium utk melakukan marketing..tp awas la ye..ada juga yg tak suka org berbisnes dlm FB..nak2 pulak yg suka2 letak tag.

kalau nak cerita kebaikan..iye mmg banyak..TAPI....bagi sy..semuanya terpulang pada niat masing2..yg baik2 kadang2 boleh jadi sebaliknya..ada juga rumahtangga yg porak peranda dek penangan FB..

sy pernah dengar satu topik di Sinar FM tentang FB.. ada seorang pemanggil..lelaki..mengadu tentang isterinya...asyik mengadap games dalam FB sampai makan minum si suami diabaikan..keluhan suami lebih krg begini.."isteri sy sibuk bercucuk tanam di FB..sy nak makan..tak di pedulinya..balik kerja, ON laptop & terus sambung main games..katanya kalau tak letak baja, siram air..tanamannya mati" haha..ketawa gelihati sy..tu mesti games bercucuk tanam..farmville salah satu nya..dulu sy pun minat juga..tapi cepat2 sedar semua tu tak ade faedah apa2 pun..baik basuh pinggan kemas rumah..dulu sy pernah leka..tapi nasib baik husband sy sound....alhamdulillah..

ada juga yg jadikan FB sebagai tempat mengumpul peminat.(artis2 aaa selalunya)
ada juga yg jadikan FB sebagai tempat kutuk mengutuk..menjatuhkan bisnes org lain.. hentam itu ini..org tu tak kena..org ni salah...org tu jahat..haii..mcm2

dan yg paling ditakuti.. kalau FB menjadi pemangkin runtuhnya sesebuah rumahtangga..nauzubillah..mintak dijauhkan..
macam mana pulak tu..owh..salah satu contoh yg mudah..
nak dijadikan cerita..suatu hari..tiba2 kita ternampak nama ex kita di FB..lalu kita add dalam friend list.. nak pulak ex kita tu accept pulak.. tapi pasangan kita tak tahu..iye la sesetengah pasangan dah set certain limit atau border..handphone, segala email & password adalah rahsia & privacy. Si pasangan pula menaruh 100% ++ kepercayaan.. walaupun sekadar add dalam friend list..confirm akan ada terdetik di hati nak mengetahui keadaan semasa ex kita tu. dah kahwin ke dia..berapa anak dia..suami/isteri dia lebih handsome/cun dari kita? Nak pulak dia ada letak gambar2 dia..gatal aje tangan nak buka satu persatu gambar2 dia..then mula la terkenang2 kisah lalu..walaupun pada dasarnya pernah benci membenci gaduh bergaduh satu masa dulu..jika tidak kita yg mulakan..mungkin ex kita yg mulakan perkara yg sama..dia telek2 gambar2 kita bersama2 anak2 atau suami/isteri..tinggalkan komen mungkin..bagi lelaki kdg2 dalam FB diorg..tak letak gambar isteri pun....si ex pun tertanya2..mcm mana rupa isterinya?cantik dari aku ke? mula tgk profile pulak.. xxx married to xxx... pulakkk..dan ada juga yg mula la tunjuk kat org lain..ni la ex pakwe/makwe aku dulu..kami putus sebab..bla bla bla.... itu belum apa2.. ini yang mula bertanya khabar..keep in touch..bertukar-tukar nombor handphone..sehingga ada kes yg cinta lama bertaut kembali..lalu terjadilah perkara yg tak diingini...bila si pasangan tanya..ada tak kekasih lama? confirm kita akan jawab... I dah lupakan la dia.. padahal..masih berhubung lagi..walaupun tak la serius..tapi kan dah namanya bekas.. pasti sisa2 saki baki perasaan tu masih terkesan dihati..nak2 pula cinta yg tragis..tak gitu?
jika tak berhubung sekali pun..sekadar ada dalam friendlist pun dah cukup mengundang aura negatif..katakan la...si pasangan terperasan.."apasal la ada nama2 perempuan/lelaki yg diragui atau ala2 nama ex suami/isteri ku ni?" tengok2 gambar..sah gambarannya mcm yg pernah kita cerita kan..tapi bila tanya kita ...kita pernah mati-matian kata kita dah lupakan atau dah benci dengan ex kita..alih2 ada pula dlm friendlist kita? adakah pasangan kita akan bersyak wasangka?iya pasti!!!mula la kita bagi alasan.."ala..ntah siapa2..I main add/accept aje.. tak perasan pun siapa" ..itu statement menipu pasangan namanya..kalau main redah add/accept tu..boleh diterima pakai untuk org yg kita tak kenali langsung..tapi ini nama yg pernah satu ketika dulu bertakhta dihati kita..paling2 tidak hati akan terdetik juga bila menerima notification dalam friend request. Jika iya satu ketika dulu ex kita pernah menyakiti kita..buat apa kita berhubung semula sedangkan kita sudah ada pasangan baru yg sepadan & boleh menerima kita seadanya?jika ade perlawaan..klik saja pada link REJECT..mudahkan. Alasan nak keep in touch kawan lama? buat apa? ramai lagi kawan2 lama yg lain. Tak pasal2 bila pasangan kita tahu..dia akan berkecil hati..rasa tertipu walaupun kita tak berhubung serius pun..pada kita itu remeh..ala sekadar nak naikkan jumlah friends..apa salahnya..iya..memang tak salah..cuma yang salahnya kita la...tak menjaga hati pasangan..nak pulak bila pasangan meminta kita remove nama2 itu..tapi kita pula kata.."biarla..bukan ada apa2 pun"..sekali lagi kita menyakiti pasangan..sudahnya..pasangan membawa rajuk dihati...mungkin zahirnya kita tak perasan..pasangan mungkin pendam saja perasaan..iya la..bila minta elok2..tak pulak ditunaikan..apa lagi yg boleh di buat..diamkan aje la..lebih2 cerita..bergaduh sakan la pula..lama2 memendam..kasih syg mula suram..kepercayaan yg dulunya mengatasi 100% kini mula kurang...owh panjang pulak contohnya..haha

ada juga kes pencuri gambar..selalunya gambar2 masakan la contohnya kek...ambil dari mana2 blog..kemudian buka akaun FB baru..."saya menjual kek xxxx- tempahan dibuka" padahal yg gebu mulus cantik tu bukan kek kita pun... penat2 saja tuan empunya mengadun..membakar, menghias, mencari angle yg sesuai utk ambil gambar..menulis entry blog.. berkongsi resepi..alih2 kita ambik (curi) tepek pulak kat FB. Claimed itu gambar kek yg kita buat sendiri & jual. Walaupun ramai yg menempah dek kerana terpedaya dgn gambar kek kita yg gebu (yg kita curi tu) tu... ingat halal ke rezeki yg kita dapat? walaupun iye mmg kita buat sendiri kek tu..fikirkan la..

apa2 pun ingat ye anda2 semua...buat apa saja..semua nya ada batasan..bg yg dah berumahtangga..sebelum membuat apa2..fikir hati dan perasaan pasangan kita...jaga amanah yg kita ikrarkan bersama sebaik mungkin..dan teknologi jika disalah guna memang akan mengundang pelbagai masalah... jangan pula kita gunakan untuk saling dengki mendengki..curi mencuri hak org lain..dannn jangan jadi sebahagian daripada pelaku jenayah siber..sekian entry yg panjang berjela :P

Friday, December 03, 2010

BuSy MeManJaNg

Salam..

Hi semua..lama tak bersiaran..
hujung2 tahun ni..kebanyakan org bizi bercuti..tp sy semakin bizi dgn keje2 yg melambak..
org selalu kata.."alah..keje lecturer senang, rilex"..
nak aje srh org yg sesedap mulut bercakap tu tlg ganti keje ni barang satu @ dua bulan....huhu..emo pulak..:P

sy sibuk berkursus itu ini..meeting itu ini..
maafla sbb tak dpt bloghopping ke blog kengkawan semua...
esok2 free..sy dtg berkunjung ke blog2 kengkawan..& maybe sy boleh buat giveaway utk yg berminat..eh..ade ke yg berminat??:P...

Monday, November 22, 2010

RuMaH oh RuMaH!!!

Salam..

Masing2 ade rumah idaman kan...mcm sy...rumah idaman sy tidaklah seperti mahligai..
idaman sy..biasa2 dan setara dgn kemampuan sahaja...
kdg2 terfikir alangkah seronoknya jika bermastautin di luar bandar...jauh dari hirik pikuk kota..
jauh dari kesesakan trafik...udara yg nyaman tenang...
pada kadar gaji seisi rumah yg kami terima bulan2...dan dengan kos hidup yg terlalu tinggi di shah alam ni...tak byk pilihan yg kami ade...
hajat di hati mao sahaja tinggal di shah alam..tapi harga rumah sgt2 lah tinggi..apartmen yg baru PKNS launch...DARI RM275k... diulang sekali lagi..DARI ye..harga akan lebih tinggi mengikut pilihan unit..tp lokasi best...masjid bersebelahan dlm proses pembinaan...hanya beberapa minit ke tmpt keje..dan segala2nya mudah..cuma...tidaklah berkenan dihati...ruang yg kompak..semuanya minima sahaja...kalau la RM275K tu dpat bina rumah di kampung...mak aaaaiii...mao dapat banglo sebijik!aduaiii...mao cari rumah teres disekitar shah alam?aduh jgn mimpi kalo nk harga dibawah RM300k...rumah untuk dijual mungkin ade..tapi kos baik pulih bagai..mao juga cecah RM300k++ keseluruhan kos.

bercakap pasal rumah...rumah sewa yg kami duduki skrg mmg jrg sekali didatangi tetamu. yg rajin dtg, cuma keluarga abg sy..itupun jika ade kelapangan..bukan selalu. hari raya lepas...cuma 2 tetamu aje yg smpai..itu pun rakan sepejabat...masing2 masih bujang & datang melepak menemani sy..kebetulan hasben bekerja hari itu.

kdg2 terasa juga hati... mungkin kerana rumah sewa kami tak seberapa...tak berhias indah..jauh sekali ade kelengkapan yg mahal2...dah la 'tinggi' pulak tu..kena 'mendaki' tanpa lif. mungkin tetamu tak selesa nak berkunjung..jika ade yg dtg pun..merungut kepenatan...rasa bersalah menerpa dlm hati...ade juga yg 'bebel'kan kami...'bila nk beli rumah?" "kenapa tak beli rumah teres?"..kenapa itu kenapa ini..bila itu..bila ini...pertanyaan itu tak mampu kami jawab...kami cuma mampu tersenyum!tapi kdg2 sakit juga hati!

kenapa sy suka tinggal di rumah sewa ini walaupun keaadaan nya biasa2 aje?
satu..sebab dekat dengan tmpt keje..dari rumah..sy boleh nmpak bilik@opis sy..kalo guna binokular & cermin tak ber'tinted'..agaknya sy boleh nmpak kerusi meja dan segala mcm benda dlm bilik opis sy. boleh juga save fuel..isi penuh boleh guna seminggu lebih!
dua..dekat dengan nurseri yg sy hantar aisyah tiap2 hari!sy tak perlu mengharungi jalan yg sesak& berisiko untuk menghantar aisyah..sy suka nurseri itu & kalau pindah...ssh mao percaya tempat lain yg boleh jg aisyah sebaik nurseri itu!
tiga..sewanya...mengikut kemampuan kami!
empat..walaupun sy balik lewat..sy tetap akan sampai rumah sebelum maghrib!
lima..kami tak perlu ade 2 kereta..sebabnya..hasben naik motor pergi keje & sy naik kereta..bila hujan hasben akan hntr sy dan aisyah dulu then pakai kereta..bayangkan kalo rumah kami jauh dari tempat keje...dan hujan pulak...mcm mana???dah la tempat keje berasingan..jauh2 plak tu..

dan byk lagi reason yg lain2!

mmg dalam hati..berangan2 mao ddk dirumah sendiri dan yg penting TERES!..siapa tak mahu kan?!tapi dengan pendapatan yg ala kadar..mana mungkin kami dapat memilik rumah di kawasan ini...
berangan2 saja la dulu... :P itu je mampu!

pada yg selalu bertanya dan suggest itu ini...dan suka bandingkan kami dengan org itu dan org ini...terima kasih sgt2...tapi hanya kami yg tahu kemampuan dan perancangan kami..dan tak perlu la nk perlecehkan rumah sewa buruk kami itu...kalo ade rezeki..ade la...kami undang ke housewarming kami nnti...insyaallah!yg penting kami tak meminta2 & mengadu domba...

Tuesday, October 26, 2010

EnTry TakDe GamBar

Salam...

Kadang2 rajin je tulis new entry...kdg2 dlm sehari..mao je post 2-3 entry
kdg2 berminggu2...sepi tanpa entry
boleh dikira sebagai blogger tegar ke?tak boleh kot rase nya..hehe
kalo entry tanpa gambar..rasa mcm tak best..
kalo baca blog org lain tanpa gambar pun...kureng rasanya...
jd ni utk tak bg blog ni 'berhabuk'..ini la entry yg membosankan..sbb tak tahu nk cerita apa..
ade gambar baru boleh citer..

p/s: mood entry yg membosankan..sian korang yg baca..ampun okeh

Wednesday, October 20, 2010

TiPs-AnaK yg SuKa BuKak TuTuP FriDge

Salam..

Sejak Aisyah sudah pandai membuka & menutup frigde..kdg2 sy jd hilang sabar..mana tak nya...sekejap2 dia ke dapur...bukak fridge..kdg2 takde apa2 yg dia nk makan atau ambil..cuma suka2 je..kdg2 tiba2 aje ade botol kicap di ruang tamu..tak sedar bila dia ambil..

budak lingkungan umur aisyah..bukannya faham sgt arahan..lagi kita kata "NO!"..lg la dia suka buat kan...pernah sekali tu..ntah mcm mana..tanpa sy sedar...Aisyah membuka fridge dan ntah mcm mana ubat-ubatan yg sy simpan dlm bekas khas di rak plg tinggi dapat dicapainya...sy yg sedang ralit memasak...tiba2 dipanggil Aisyah.."Mama!masham"-maksudnya..mama..masam!selalunya Aisyah akn mengadu mcm tu bila apa2 makanan yg dia makan..tak sedap..tak kisah la pahit ke..masin ke..dia akan sebut sebagai "masham"...sy ke ruang tamu...ya Allah!..rupa2nya dia sedang menggigit ubat selsema sy yg berbentuk tablet..dia ingat gula2 M&M agaknya!terkejut sy dan sy rasa itu tablet yg pertama dia ambil!rupa2nya..tablet tu tak pahit..cuma bila dah kunyah baru terasa pahitnya..nasib baik Aisyah ni jenis mengunyah..bukan menghisap terlebih dahulu..punya la sy panik...jenuh kami menjolok tekak Aisyah dgn harapan dia muntahkan semula..walupun ubat tu kecik..tp sy takut kesannya pd Aisyah..Jolok pun tak keluar..malah jari sy pulak luka digigit Aisyah!:P

kebetulan Doc yg mempreskripsi kan ubat itu adalah Uncle kami. Jadi kami terus menelefon dia..Alhamdulillah..tak ade apa2 kesan yg mudarat kata Doc. Plg teruk pun kalo terlebih dos..Aisyah akn sakit perut saje...tp mujur tablet tu baru sikit je hancur...sy agak..Aisyah tak sempat telan pun.

Kebetulan sy mmg mahu menukar fridge..yg sedia ada berkapasiti lebih kurang 180liter..kecik!mmg senang Aisyah membuka & mencapai segala 'mak nenek' yg ade dlm tu..sudahnya sy men'survey' beberapa fridge yg sesuai..konon2nya sy berangan mao beli fridge yg ada child lock!kebetulan pulak sy terjumpa fridge yg ade safety box..yg boleh dikunci & purposely utk meletakkan ubat2an..tapi beberapa features yg lain tak berapa best...yg ade child lock pulak terlalu mahal harganya bg sy!kebetulan seorg sahabat sy mencadangkan..beli je mana2 fridge yg sy berkenan..kemudian pasangkan 'lock' khas yg ade dijual kat pasaraya besar atau kedai hardware!"oooo..ade ye lock utk fridge?"sy pun tertanya2..sbb tak pernah tgk!

hari pertama sy dapat fridge yg baru (berkapasiti hampir 500liter-besar sungguh)..Aisyah makin excited..bukak & tutup..silap2 haribulan..Aisyah sendiri boleh ddk dlm fridge tu!terus kami pergi mencari 'lock' yg di maksudkan..yey jumpa!murah!tak pyh beli fridge yg ade child lock or safety box lg..save duit

bila kami pasang 'lock' tersebut..mula2 Aisyah agak agresif juga...agak meradang bila tak dpt buka fridge..sekejap je dia meradang..mungkin dlm fikiran dia...fridge baru ni dia tak mampu bukak..tak lama lepas tu..dia dah tak cuba bukak fridge lagi...settle masalah!teringat sy..seorg kawan menghadapi masalah yg sama..katanya dia mengikat fridge dgn tali rafia...haha..tak kuasa acik nk ikat2,sbb acik ni aktif masak memasak..tak kan la acik ni nak ikat berkali2..haha..tak releven la...

ok..sedikit tips sebelum memasang 'lock' ini..

1. seelok2nya pasang lock ini sebelum anak anda pandai membuka&menutup frigde. sbb mind dia akan set..yg dia tak akan dpt buka..so takkan ada percubaan demi percubaan lagi!jika anak dah berakal & sudah expert dlm hal2 membuka aka menyelongkar fridge...mungkin dia akan agak agresif bila tak dpt bukak..dikuatiri..nnti dia akan menyentap pintu frigde dgn kuat & mengakibatkan kejadian ygtak diingini berlaku..mcm kes sy..walaupun Aisyah dah expert..tp agaknya bila sy tukar fridge yg baru..mungkin tanggapan dia lain.."oooo..fridge baru ni takleh bukak..mama & papa je boleh bukak kot!"-haha..agaknya laaa..

2. pasang 'lock' di tempat tinggi..seelok2 nya plg atas..supaya anak tak perasan wujudnya lock..ataupun anak tak kan capai & pandai2 membuka 'lock'.

3. hehe..pastikan kaum2 bapa tahu cara nk guna 'lock' ni..kalo tidaaakkkk...diorang tak dpt bukak pulak fridge & memungkin kan mereka menyentap kuat pintu fridge dan menyebabkan 'lock' tertanggal..kui kui (abaikan tips ni la...joking je)

ok..ini la rupa 'lock' yg dimaksudkan..'lock' ini juga berfungsi pada almari dan seumpamanya..boleh didapati di pasaraya2 besar mcm Giant & Tesco dan juga kedai2 hardware..yg sy beli ni cuma RM5.20 utk 2 pasang. save duit...sbb fridge yg ade child lock berharga lebih dari RM2500 dan frigde yg ade safety box berkapisiti 350liter..berharga lebih kurang sama dgn fridge sy yg berkapasiti hampir 500liter..

cuma perlu lekatkan pada pintu fridge-double sided tape disediakan..cuma kalo nk kuat lagi..guna double-sided tape yg berkualiti sikit..supaya tak mudah tanggal!

cara 'lock' berfungsi- bila anak bukak pintu fridge..bahagian yg bercangkuk akan masuk kedalam lekuk dan menghalang fridge dari terbuka

utk mama2 dan papa2...jika nk buka fridge..jgn lupa tekan bhgn hujung 'lock' so..bhgn yg bercangkuk tak tersekat...tadaaaaa..fridge pun terbuka..bila nk ttp..ttp mcm biasa..sbb 'lock' ini diperbuat dr plastik yg flexible....

ok selamat mencuba ye...testimoni dari sy....two thumbs up!!!cuma masalah nya skrg ni..pantang sy kedapur membuka fridge..Aisyah cepat2 datang dan menyibuk sekali..bila nk tutup..dia hadang dgn badan dia..alahai cinonet..bijak sungguh kamu ye!masalah ni tak leh settle...boleh pujuk je..kalo tak makan pujuk..ttp je fridge secara paksa dan biar aje dia melalak tak puas hati..kui kui

Monday, October 18, 2010

KaD yg SpeCiaL

Salam..

Mood aidilfitri sudah berlalu..mood raya haji pulak datang...
apapun sy nk citer pasal kad raya..tak kisah la kan walaupun raya dah lepas..

masih sy ingat lagi...masa di sekolah menengah..tiba je pertengahan puasa..sibuk mencari kad raya. ada juga yg berotak bisnes..meniaga kad raya pada pertengahan puasa..mmg lumayan...sekeping kad raya..plg murah boleh dapat..RM0.10..dapat kad yg kecil & comel..tapi tak sesuai utk di pos..kalo by hand ok..

menjelang cuti raya..masing2 sibuk mengira berapa kad yg diterima..dan berapa kad yg patut dibalas dan dihantar...sy bersekolah asrama..jd nya..mmg kad2 dihantar ke alamat opis sekolah..hampir hari2 memeriksa peti surat..kot2 la ade kad raya..kalo ade..bukan main kepalang seronoknya...tak kurang juga yg menghantar 'by hand' ke meja dalam kelas..kdg2 kad sengaja dihantar secara sorok2...dtg je kelas pagi2...berbunga je senyuman..sbb dpt kad raya..kdg2 tak tahu siapa yg menghantar..kdg2 ade 'secret admirer'..ceh! itu citer zaman sekolah2 dulu...

balik citu raya...kemain bangga menayang kad....dan selalunya kuantiti kad yg sy dapat melebihi abg & kakak sy..dan semua kad2 ni kami gantung kat dinding beberapa hari sebelum raya...kad digantung mengikut saiz..pelbagai gaya nk gantung...plg best kalo ade yg bg kad bermuzik..wah..glamer habis la kira!kui kui..

tapi tu semua kenangan dulu..sekarang dah takde lagi perasaan sebegitu..dah lama sy tak membeli, menghantar atau menerima kad raya...
owh..tipu la kalo sy kata sy tak terima kad..ade..tp pengirimnya siapa..nak tau?
1. agen2 insuran sy
2. kedai cermin mata..yg mana sy pelanggan tetap..pasti ade voucher discount bersama2
3. kedai kereta tmpat sy beli kereta & renew roadtax...
4. yg ni plg special...Vice Censelor UiTM..ni kompem dapat tiap2 tahun...best!

itu aje kad yg sy dapat...dah lama takde feeling membelek kad2 raya...meneliti kata2 dlm kad yg sesuai...beratur kat pej pos beli setem..menulis kata2 ucapan & alamat pengirim..pegi pej pos semula utk kirimkan kad2...yg plg best kalo kad yg dihantar..dapat balasan...nikmat!hehe

sejak ade email...sms,mms,3Gcall..etc..kad ucapan makin tak glamer..sy amat mengakuinya..lebih senang mengirim sms..beberapa saat je dpt dibaca..dan di balas..itu teknologi namanya...nak buat mcm mana...kdg2 teknologi dtg membawa pergi semua kenangan2 indah...

mlm raya yg lepas..mak pun rimas..kejap2 handphone sy berbunyi..kejap2 handphone hasben..kejap2 handphone abg, kejap2 handphone kakak ipar..semua nya mendapat sms ucapan raya..mmg tak larat nk reply satu persatu..

bukan itu yg sy nk cerita...raya kali ni lain sikit sy rasa..masih ade yg sudi mengirim kad raya pd sy...amat bermakna sy rasa...tulisan tangannya..masih sy cam..sgt2 cam..mesti la cam..masa blajar dulu...attendance kelas..sorang je wakil yg tulis kan utk kami berlima (sahabat kamceng sy yg sy dah cerita dlm entry2 yg lepas)..siapa dapat attendance sheet dulu..dia yg akan tuliskan nama2 kami berlima beserta student ID & signature..jd semua hafal nama penuh, no ID & signature...dan of course..kami cam & tahu nk tiru setiap tulisan tangan masing2...
kad raya dari seorang sahabat..sy terima seminggu sebelum raya..tp tak sempat nk membalasnya..
utk si sahabat...terima kasih yg amat!sy terharu!kata2 dlm kad terlalu menyentuh hati...
maaf juga sy pohon..sbb..bila 'dia' bertanya tntg kad ini..sy tak cakap pun sy dah terima atau tak..hehe..sebabnya sy nk cerita dlm blog..ok official nya sy nk bg tau pada kak long aka InaTot..

"wei aku dah dapat kad ko bg...terima kasih byk2!"

bukan dpat kad je tau..ade duit raya lagi..tapi bukan utk sy la kan...

duit raya utk Aisyah...sampul duit yg plg cntik sy rasa!kpd sahabat sy..kak long..
"lenkali bagi duit raya utk papa & mama aisyah sekali..kui kui"

p/s: mesti ade yg kata.."eleh..dapat kad raya sekeping pun mao kecoh dlm blog"..ini jawapan sy.."aku punya blog, aku punya suka la...kad ni meaningfullllll tau"..eh ade ke org kata mcm tu?harap2 takde la kan..kan..kan...

Tuesday, September 21, 2010

BoSan Sudaaaa...

Salam...

TIRED!....my students dah start exam..sebulan awal dr budak2 degree..for this time I have to be the invigilator (pengawas peperiksaan) for 4 times!aduaii..letih..or lebih tepat lg kena jd ketua pengawas..adeii..mcm zaman2 sekolah pulak..capacity for each exam hall ~240students..mmg letih..and just now, one of the invigilator 'menangkap' seorang student bawak notes masuk exam hall...leceh sbb acik ni la yg kena buat aduan segala..selamat la sudah...jawab la kat lembaga tatatertib ye..tak mo cont. pasal keje..penat...!stop!

sekarang ni mao citer pasal bosan..eh..bosan apa ni..bukan dgn keje ye..sbb kalo keje..bosan ke tidak..harus diteruskan juga...takleh komplen!recently sgt2 bosan dgn masakan sendiri....aim utk "NO BAZAR" sepanjang puasa baru2 ini..tercapai...cuma ngelat 2 hari terakahir sebelum cuti raya je.. tu pun sbb malas nk basuh & kemas dapur segala....sbb dah packing & mengemas nk balik kg..jdnya..dek kerana memasak pelbagai menu sepanjang puasa...rasa bosan pulak dgn masakan sendiri!

weekend lepas sy ke MPH..konon2 nk beli buku2 masak yg pelbagai genre masakan. gara2 aisyah yg tak mahu ddk diam dlm MPH..habis sume buku nk diambilnya..dpt la sy memilih hanya 5 buku comel.."masakan cina, jawa, barat, aneka nasi, aneka kerabu"..bila balik..belek punya belek..lebih kurang je ngan apa yg sy selalu masak...

kengkwan yg terror bab2 masak ni kan...tlg la bg idea..sy mao masakan yg lain dari yg selalu sy masak..ok sy list kan dulu antara menu yg biasa sy masak dan yg sy reti ye (bukan terror ye..tp setakat reti aje ok)..

-pelbagai sambal
-hati lembu (masak kicap, blackpepper)
-ayam (goreng, goreng berempah, goreng kunyit, masak merah, kari, masak kicap,rendang)
-telur (dadar, masak kicap, sambal)
-udang (goreng kunyit, sambal, goreng tepung, paprik, masak lemak cili api)
-sotong (goreng kunyit, sambal, goreng tepung, paprik)
-daging (blackpepper, masak kicap, goreng kunyit,rendang)
-sayur (paprik, sup, kacau goreng)
-ikan (goreng, masak 3rasa/sweet sour)
-mee (goreng, hailam, kari, sup)
-kuewteow (char, goreng, hailam, sup)
-bihun (singapore, goreng biasa, sup)'
-laksa
-pasta (carbonara, sup)
-pizza
-pencuci mulut (karipap, puff, samosa, popia, bubur, cucur kembong udang, puding/agar2 dan beberapa kuih tradisional)
-cheesecake
-choc cake
-pai
-nasi daging, nasi beriani, nasi ayam

adei..tak larat nk taip..ade lg..tp yg selalu jd menu utama...paprik, sup sayur, dan yg bergoreng2 la...sgt bosan..sy terigin nk pandai masak masakan cina..mcm butter prawn..egg floss dia tu sgt menarik..dan tanpa segan silunya sy bg tau...sy dah berexperimen berkali2, guna bermacam resepi..dan berpuluh biji telur habis..tak pernah sekali pun menjadi..ni la resepi yg plg sy tak reti & sy rasa plg ssh nk buat!merata sy bertanya..pelbagai blog masakan sy terjah..tak jugak jd elok. lg satu..sy nk belajar masak masakan india, pastu nk try buat mcm2 kerabu...kengkawan yg nk cdgkan apa2 resepi sedap & mudah...bgtau ek..tinggal komen ye..

buntu dah asyik ulang tayang resepi sama...

Monday, September 06, 2010

SyahDU nya.....RamaDhan...miss U

Salam..

Entah kenapa 2-3 hari ini..sebak didada mengenangkan Ramadhan yg bakal berlalu..
Azam2 dibulan ramadhan..masih begitu..belum sempat dipenuhi..
kebetulan ramadhan kali ini...terlalu sibuk dengan kerja2 yg tak pernah surut..
sudahnya...30juzu' masih belum sempat dikhatam..bakal bersambung Syawal nnti..mudah2an
entah panjang entah tidak umur ini untuk bertemu Ramadhan sekali lagi tahun hadapan
dalam hati terasa amat rugi...rugi serugi2nya kerana tidak betul2 kyusuk meraikan Ramadhan ini..
Belum pernah rasa sesebak ini...kenapa??tiada jawapan!
mungkin dek kerana usia yg makin bertambah...mungkin dek kerana dosa2 juga bertambah..
atau mungkin juga pintu taubat masih belum dilalui dgn sempurna...entahhh..

Apa pun..sy sgt syg utk melepaskan Ramadhan ini...TERLALU!
10 mlm2 terakhir tak mampu sy hayati sepenuhnya dek kekangan lumrah wanita..sy sedih!

Apapun..Syawal harus juga dirai...
sy tiada persalinan baru...semuanya hampir tiada bg sy..berbeza dgn thn2 lps..semua lengkap!
kali ni...beraya berbaju kerja..:P..cuma yg ade...baju2 utk si puteri kami..cukuplah...riang hati sy bila si puteri kecil berbaju baju..sy tak payah pun tak apa...itu pun baru beli semalam..hajat nk jahit sendiri..tp bizi amat ni

yg ade cuma biskut2 raya..itu pun terkebetulan sy jumpa booth yg menjual kuih raya yg sgt sedap!serius!sudahnya 3x sy membeli..siapa2 yg dtg beraya...sy jamu kuih 'tunjuk' aje ye..hehe

langsir belum berbasuh...rumah belum berkemas...entah sempat entah tidak...

apa pun sy mengambil kesempatan ini...menyusun jari memohon ampun maaf buat semua rakan2..pembaca2 blog ini...jika ade tulisan2 sy yg menyinggung hati...ampun maaf dipinta..
bagi yg memandu pulang ke kg halaman....ingatlah yg tersyg..bersopan santun dijalanraya...

Salam Aidilfitri..
Della & Family

Wednesday, September 01, 2010

BuaH HaTi SuDaH PuLaNg-part2

Salam...

Bulan2 pose ni bizi amat...ni nk smbg entry lepas..sbb kak laili jelita tertunggu2..hehe..
perkenal kan buah hati sy...byk kenangan dgn sang kancil ni..ni la kete yg dibeli dgn hasil titik peluh sendiri..dan masa beli kete ni...sang kancil ni punyalah tinggi regenya..full spec..dan kebetulan seminggu lps beli..Pak Lah (mantan PM) umumkan rege kete turun..aduaiiii!dan rasa sy ini la batch kancil yg terakhir sebelum di hentikan pengeluarannya..punya la sy jg...dan tak pernah rosak teruk..setakat bateri kong tu ade la..

2 ogos lps...otw g keje..seekor sebuah lori bo*gok telah melanggar sang kancil ni..sangat hangin!sbb si lori *tut* ni sememangnya mem'follow' sgt rapat. & kebetulan masa sy berhenti disebabkan kete didepan membrek mengejut, lori *tut* ini tak sempat membrek lalu menghentam sang kancil sy..benci la!kita bwk punya la berhemah..tp dek kerana ade yg tak berotak & mengetepikan undang2 jlnraya..ini la natijahnya!habis pemandu lori tu ku bebel macam ku bebel students ku!
bawak laju...mengekor rapat..sudahnya kancil yg merana!geram sungguh!

dek kerana jarak kancil ini dgn kete dpn agak jauh..maka kete depan takde cacat apa2 pun..cuma biase la kncil kan.....mcm tin milo je..terpenyek juga la sikit yg depan tu..nmpk mcm sikit kan..tp pintu co-pilot takleh bukak..lampu signal tu tercabut..radiator termasuk kedalam sikit...bonet belakang mmg takleh buka langsung...sume pecah berderai...

disebabkan kejadian ini..sy sudah sgt fobia bila ade yg mem'follow' terlalu rapat..apa mao buat dgn pemandu2 ini ye?tak tahu kah mereka tentang JARAK selamat..dan sy sgt fobia jalan MERU-PUNCAK ALAM yg sgt la bahaya itu..kebetulan seminggu sblm tu, ade kemalangan maut disitu....dan minggu lps..ade juga lori terbabas disitu...sy rasa..puncanya adalah 1. sikap pemandu!2. keadaan jln raya itu sendiri!

ini la lori *tut* itu..actually bukan lori yg salah ye...pemandu yg tak berhemah itu yg yg *...*...
geraaaammmm sgt2..sbb sy tiada pengankutan lain utk g keje...selama sy ditimpa dugaan ini...ada sahabat2 yg sgt2 sudi membantu..dan juga jutaan terima kasih buat mentua sy yg byk membantu juga pada hasben yg menjadi driver sy utk 2 minggu semasa ketiadaan buah hati sy ini..

lori ini tiada cacat apa2 ye..selamba je pemandunya..takde secalit ucapan maaf pun!nama je melayu..tp tak reti nk beradap pun..

apa2 pun syukur sbb sy tak mengalami apa2 kecederaan..cuma sgt fobia jika ade yg memandu terlalu laju dan ade yg mengekori terlalu rapat!!esp lori2 gedabak..moga perjalanan sy hari2 dipelihara Allah dari segala musibah dan perkara2 yg tak diingini..
jangan lah sy diuji dgn kejadian seperti ini lagi. semoga sy & family dijauhkan dari sebarang malapetaka dijalanraya...aminnnnn

hari2 dengar info Sinar...ade saje kemalangan terjadi...apa nk jd dgn pemandu Malaysia..entahla..rasanya kerajaan tak cukup kempen kot..tgk org barat...memandu mmg cukup2 berhemah...org malaysia ni lain..bab2 negatif mao pulak tiru barat...yg positif tak mao ambik..pelik!

apapun..kancil dah sembuh..cuma ade beberapa kekurangan sikit..dah tak berapa 'sedap' rasanya..dan hon pun semput...anyway ttp syukur kerana masih ade pengangkutan ini....
nanti2 mao cari kawan buat sang kancil...mudah2an ade rezeki..aminn

Friday, August 13, 2010

KHaTaM QuRaN SeBULaN?

Salam..

Sahabat2 semua dah mula bertadarus tak?Ke cuma smbung bacaan sebelum puasa?
Masa kecik2..hari2 pergi mengaji Quran dgn jiran..bangga sbb boleh lancar membaca..

masa sekolah menengah...membaca quran adalah rutin & wajib setiap hari!apatah lagi dibulan Ramadhan.. Di sekolah sy, kami membaca mengikut kumpulan & mmg kami pastikan sebelum balik beraya..kami akan membuat majlis khatam quran beramai2..masa tu....terpaksa?emmm..kdg2 rasa terpaksa..biasala..budak2 sekolah..kan lebih syiok tidur di waktu petang dibulan puasa..hehe..tp kerana terpaksa ini la kami semua mendapat pahala yg lebih..alhamdulillah!

masa di universiti...lebih bebas..tak ade rutin2 seperti di sekolah asrama..membaca Quran..mula jarang2...cuma berkesempatan membacanya di mlm hari selepas maghrib..itu pun kadang2 culas..

dah keje...ntah kenapa...makin malas...malas dan malas lg..padahal ada saja masa untuk tonton TV dan berinternet (aduaaaaiii kena sebijik kat muka sendiri!)...oleh itu kali ini...muhasabahkan diri...baca la sedikit walaupun tak sempat khatam...ok..bg sahabat yg sama mcm sy..yg selalu malas baca Quran ni...jom kita mulakan misi...okey..ini sedikit panduan untuk khatam quran sebulan puasa...mari buat sedikit masalah matematik!

  • khatam=30juzuk
  • 30juzuk/30hari Ramadhan=1juzuk/1hari
  • 1juzuk=10helaian
  • 10helaian/hari=2helaianx5(selepas atau sebelum solat fardhu)
senang kan?lagi senang dar ber'facebook' 24jam sehari...kuang kuang kuang!senang tapi mencabar....syaitan dah diikat kuat2..yg tggl sekarang..cuma kekuatan dan disiplin diri..pendek kata..semua nya bergantung pd diri sendiri...selamat berjaya & selamat mendapat pahala berlipat ganda!

update..pembahagian juzuk..diambil dari sini [....]
  • Juz’ 1– Al Fatiha 1 – Al Baqarah 141
  • Juz’ 2 – Al Baqarah 142 - Al Baqarah 252
  • Juz’ 3 – Al Baqarah 253 - Al Imran 92
  • Juz’ 4 – Al Imran 93 - An Nisaa 23
  • Juz’ 5 – An Nisaa 24 - An Nisaa 147
  • Juz’ 6 – An Nisaa 148 - Al Ma’idah 81
  • Juz’ 7 – Al Ma’idah 82 - Al An’am 110
  • Juz’ 8 – Al An’am 111 - Al A’raf 87
  • Juz’ 9 – Al A’raf 88 - Al Anfal 40
  • Juz’ 10 – Al Anfal 41 - At Tauba 92
  • Juz’ 11 – At Tauba 93 - Hud 5
  • Juz’ 12 – Hud 6 - Yusuf 52
  • Juz’ 13 – Yusuf 53 – Ibrahim 52
  • Juz’ 14 – Al Hijr 1 – An Nahl 128
  • Juz’ 15 – Al Isra (or Bani Isra’il) 1 - Al Kahf 74
  • Juz’ 16 – Al Kahf 75 – Ta Ha 135
  • Juz’ 17 – Al Anbiyaa 1 - Al Hajj 78
  • Juz’ 18 – Al Muminum 1 - Al Furqan 20
  • Juz’ 19 – Al Furqan 21 - An Naml 55
  • Juz’ 20 – An Naml 56 - Al Ankabut 45
  • Juz’ 21 – Al Ankabut 46 - Al Azhab 30
  • Juz’ 22 – Al Azhab 31 - Ya Sin 27
  • Juz’ 23 – Ya Sin 28 - Az Zumar 31
  • Juz’ 24 – Az Zumar 32 - Fussilat 46
  • Juz’ 25 – Fussilat 47 - Al Jathiya 37
  • Juz’ 26 – Al Ahqaf 1 - Az Zariyat 30
  • Juz’ 27 – Az Zariyat 31 - Al Hadid 29
  • Juz’ 28 – Al Mujadila 1 – At Tahrim 12
  • Juz’ 29 – Al Mulk 1 - Al Mursalat 50
  • Juz’ 30 – An Nabaa 1 - An Nas 6

Thursday, August 12, 2010

RamaDhan Vs SyaWaL

Salam...

Hari ke2 puasa..alhamdulillah & syukur padaNya kerana masih beri kita bernafas lagi..
malas nk smbg entry yg dijanjikan ini....mood blum dtg menggebu2..cuma kali ni teringat tntg smbutan ramadhan & syawal...

masa kecik2 dulu...syawal lah yg dinanti..ye la..sbb dpt baju baru, dpt duit raya dan juga dapat makan sedap2...

menginjak dewasa...syawal dah tak berapa meriah...dah kawen...apatah lagi..sambutan syawal hanya fokus kpd anak aje..diri sendiri..biarla..apa yg ade saje la..

masyarakat kita...makin lama makin pelik...ramadhan yg belum tiba....syawal pulak yg di tunggu2...kdg2..baru smpai bulan Rejab...tp tema raya...baju kaler apa, nk beli kuih ape, langsir nk tukar..perabot nk baru dan FAQs yg seumpamanya sudah difikir2!sedangkan Ramadhan yg pernuh berkat...yg lebih mulia & penuh rahmat...tidak pulak diwar2kan..tidak pula difikirkan..boleh ke tidak khatam quran sebulan..boleh ke tidak memenuhi tarawih..boleh ke tidak zikir meniti bibir sepanjang hari...boleh ke tidak berpuasa dgn sempurna...

Ramadhan sepatutnya diisi dgn segala ibadah yg termampu..tp sudahnya diisi dgn segala pembaziran...beli makanan itu ini...ade juga yg sggup berbelanja mewah utk berbuka di hotel2...Ramadhan sepatutnya...dapat menjimatkan duit poket yg keluar...tetapi lain pulak yg terjadi..dan ade juga yg berjimat di bulan Ramadhan..bagus...tp dtgnya Syawal..pokai sudah!ye la..mana nak membeli segala rupa kuih raya (yg belum tentu dimakan habis), tukar langsir & perabot yg mana diluar kemampuan sendiri semata2 utk nmpk bergaya dimata tetamu yg hadir...

excuse me...tetamu yg dtg tu blm tentu kagum dgn segala kuih muih kita..tetamu yg dtg kdg2 tak perasan pun interior design umah kita...kdg2 tetamu yg dtg tu sekadar nk melawat & berkunjung aje...ygbpenting umah bersih..sy personally....berkunjung kerumah sesiapa pun..tak pernah terdetik hati.."eiii..tak sedapnya kuih..eiii..tak lawanya langsir..eii..buruknya rumah" tak pernah!apa yg sy concernkan..layanan tuan rumah..itu aje...!

mak sy kat kg...tak pernah hairan langsir tak bertukar..tak pernah hairan tak ada 'almond london' tak pernah hairan tak ada perabot kayu jati! apa yg dia risau..jika malam tak dpt berjemaah & bertarawih...dan dia risau jika tak dpt khatam quran....sy bukan baik..tp sy mahu berazam:sy mahu jd seperti emak!

apa2 pun jom sama2 muhasabah diri...biar syawal kita tak meriah..biar kita tak ade kuih muih beraneka rasa bentuk & rupa..biar kita tak ade langsir mengerlip2, biar perabot kita uzur, biar baju kita tak berganti, asal ramadhan kita penuh warna-warni indah berisi ibadah.....jgn terleka dgn sambutan syawal..sehinggakan kita terlupa Ramadhan yg dtg penuh harap..termenung menunggu bila dia akan diisi...pendek kata...biar Syawal kurus kering..asalkan Ramadhan Gemuk Gedempol...analogi lagi..hehe

salam ramadhan utk semua....

Thursday, July 29, 2010

DaLaM HaTi ADa LagU?

Salam..

Dulu2..masa time sekolah asrama..mmg takde la entertaiment bagai. nk bwk walkman???tak pasal2 kena 'rampas' pulak masa spot check!
dula mana ada ipod,mp3, mp4 dan seumpamanya..

satu2 nya cara nk dengar lagu free tanpa kena beli kaset or CD (cd masa ni tak glamer lg pun..mhal!) adalah dengan mendengar radio.. dan stesen radio yg femes sgt masa tu adalah..THR & radio muzik (sekarang muzik FM kot)..itu la yg sy ingat..dan slot yg plg femes.."pilihan bersama" kat radio muzik.yg putarkan lagu2 pilihan pendengar...slot ni mlm..kalo tak silap start pkl 830mlm kot...senarai lagu2 yg akan diputarkan..akn kuar kat paper berserta nama pendengar yg request lagu tu..mmg layan sungguh time tu..excited belek paper sbb nk tgk lagu apa yg kuar :P

masa sekita menengah atas...radio ERA pulak muncul..masih ingat lagi..ade kawan2 yg membeli walkman dgn rege yg murah (sbb cap ayam je kan) utk dgr radio..so earphone tu kongsi dua org..dgr radio bwh selimut..kui kui..menghayati sungguh lirik2 lagu time tu..siap ade buku lirik lagu lagi tau!jgn tak caya..majority setudents mmg ade buku lirik ni tau..siap tampal2 gambar artis pun ade!kompem kalo ustazah/cikgu buat spot check..buku2 demikian akan dirampas!!!kalo ingat2 balik..mcm lorat je kan!hehe..dan plg sy ingat..buku lirik sy jatuh celah rak buku (rak buku ni tinggi dan bertingkat2 mcm loker, setiap sorang students dapat satu slot rak buku)..buku lirik sy tu sy sorok kat blkg rak buku masa spot check..sudahnya..trs jatuh ke bawah & tersepit..lps tu sy malas dah buat buku lirik..hehe

zaman sekarang tak ade mcm tu..nk tgk lirik..klik aje internet..dunia dihujung jari kan..lagu2 pun datang & pergi..ade mp3, mp4 dan sebagainya..nk jogging or riadah..bwk je player yg kecik cinonet & earphone..kalo dulu takkan nk bwk walkman gedabak g jogging..mahu berayun2 walkman tu kan!

tp rasanya lebih seronok dulu2..sbb lagu2 lebih dihargai...berbanding sekarang..kalo sekarang..kdg2 lagunya kita cam..tp mana nk ingat sume lirik..kdg2 lagunya glamer..tp sape penyanyinya pun kita tak tahu..

kalo ade yg bertanya..lagu apa yg sy suka sekarang..emmm..mungkin sy akan berfikir2 berkali2 sebelum jawab...sbb tak ade lagu baru yg betul2 melekat dihati..suara penyanyi dah tak unique mcm dulu2..lbh krg sama je..

apapun..skrg ni sy dah tak suka sgt menyimpan koleksi lagu2 atau pun beli kaset/CD even download lagu..zaman suka2 dgr lagu ni..dah berlalu pada sy..dan sy cuma suka2 lagu2 lama&retro....mcm zaman2 80-90an, rock kapak kaw2 pun mmg peberet sy dulu kini & selamanya...dan lagu2 oldies! sy sekarang mmg setia dgn SINAR FM...hehehe..ERA..HOT FM dan seumpamanya...emmmm...mmg tak ngam ngan halwa telinga la!

even sy suka retro..ade juga lagu baru yg sy suka...mcm lagu yuna, simple..
antara lagu2 yg sy sangat suka selain rock kapak
truly:lionel richie
you are my everything:santa esmeralda
aku sayang padamu:Atiek

erkkk..tgk..sy mampu senaraikan 3 je..emm..sah2 tak baper minat muzik ni kan..kui kui..

ok meh layan lirik lagu Atiek (owh..sy tak kenal artis ni...tp saya suka lagu dia yg mendayu...dan lagu ni buatkan sy terbayang2 pd hasben sy..dan lagu ni juga jd background utk page friendster(skrg tak lyn friendster dah ok!)sy masa dekat2 nak naik pelamin dulu hehe)



Tahukah engkau kekasih
Apa yang s’lalu aku rasakan
disaat-saat aku sedang sendiri
selalu saja ingat padamu

Aku sayang padamu
Aku ingin dirimu
Selalu bersamaku
Aku sayang…
Aku sayang padamu

Tahukah engkau kekasih
Apa yang s’lalu aku pikirkan
Disaat-saat aku sedang sendiri
aku selalu memikirkanmu

Aku sayang padamu
Aku ingin dirimu
Selalu bersamaku
Aku sayang padamu
Aku sayang…
Aku sayang padamu

Friday, July 16, 2010

JeRaWaT HiLanG???




Salam

tak pernah rasanya sy tulis tntg kecantikan kat sini...sebab,
sy bkn kategori org2 yg cantik or jelita paras rupa :p

tak reti nk cerita bab2 penjagaan muka ke..bdn ke..sbb mmg tahu tak layak nk bercerita.
tapi kali ni nk kongsi sikit je pengalaman menggunakan pe;bagai produk penjagaan muka ni.

sy mula berjinak2 & mula menjaga muka masa masuk form one..maklumla..bdk kg yg comot..bila masuk sekolah asrama penuh yg semua pelajarnya perempuan..kat bandar besar pulak tu..'peghak' la sikit (peghak tu bahasa perak yg maksudnya ala2 jakun). mula la mata terbeliak & hati mula terpengaruh dgn brg2 toiletteries kat ko-op..padahal brg2 nya biase2 aje..setakat pencuci muka bersize cinonet, bedak talkum 2-3 jenama. syampoo botol...masa kat kg, jrg2 la bersyampoo..kalo ade pun 'curik' kakak punya yg dia bwk balik dr asrama masa time bercuti sekolah..jenama kao feather tak pun jenama new and trendy. kalo kakak tak blk cuti..beli kat kedai apek syampoo yg dalam peket2 kecik..sepeket 30sen..jenama pantene or rejoice..pakai pun time mandi-manda kat sungai dgn kawan2..satu peket kongsi ramai2..hehe.

Time masuk asrama..barula merasa ade syampoo sendiri, sabun mandi sendiri..tu pun shower foam mmg tak kenal la!setakat pakai sabun buku lux, tak pun may je..kalo kat kg, pakai je sabun mandi popinjay yg kaler hijau ade gambar burung kakak tua!

sabun "vintage"...bau special..segar (agak2 ade lg tak sabun ni?)

cakap pasal pencuci muka..langsung la tak kenal..masuk asrama baru tau..masa tu tergedik2 mao mencuba!konon2 nak cantik berseri la tu..sy ingat lagi..pencuci muka pertama yg sy beli adalah...Biore..beli size kecik kat ko-op. start dr situ la sy mula concern tntg bab2 penjagaan muka..

Tapiiiiiiiiii....disebabkan itu juga la bermulanya episod 'duka'..dimana jerawat mula tumbuh dgn byknya selepas guna Biore tu!Dan mungkin juga usia yg menginjak remaja menyebabkan perubahan hormon..sejak dari itula muka sy tidak pernah bebas jerawat!dari biore ke ginvera, tukar oil of ulan (skrg oil of olay okeh), hazeline snow..

ginvera....dok tenyeh mcm scrub smpai kuar daki2..huhu

hazelinesnow yg wangi

pendek kata mcm2 cuba..nak nak pulak dah makin pandai outing ke bndar ipoh..ade saje produk2 yg dibeli & mula pandai guna produk alami mcm mustika ratu la...sari ayu la..bedak nasila la, rojam la..mcm2 try tenyeh & tepek kat muka..sume tak jln..jerawat makin menimbun, kat dahi ni mengerutu mcm katak puru..huduh!

masuk U, mula kenal alat2 pe'nyah' jerawat..hehe...ala...pemicit jerawat tu..yg besi tu..balik kuliah, mengadap cermin picit jerawat..alih2 tibul pulak parut2 hodoh!dan sy masih ingat..dlm thn terakhir diploma..masa tu tengah hot dengan produk "kejelitaan adalah hak milik setiap insan.." ingat tak produk ape?ala..produk Dr Becky tu..BML namanya...satu buku sabun kena potong kecik2..mahal tuuuuu!!

sabun BML

punya la nk cantik kunun..sanggup habiskan duit beli produk tu...alih2 sebulan pakai, kuar berita produk tu ditarik balik sbb kementerian kesihatan nk check kandungan bhn dlm produk tu...masa tu muka..aduaiiii..tak hingat..mcm udang kena bakar..merah mengelupas...nasib baik produk tu diistiharkan ok..tp dek kerana duit poket udah kering & agak2 produk tu tak sesuai..sy lupakan aje..lps produk tu...sy try pulak produk Olynn..pun tak jln...habis duit je..

olynn...tak sesuai..

lps tu glamer pulak dgn produk Baby Face dr negara jiran..ala..produk yg ade hydroquinone tu...satu set ade krim dlm bekas kecil muka dlm bekas kecik texture mcm krim safi balqis, ade jugak krim malam, ade toner tawas & hydroquinone. set yg ni murah, terpedaya sbb ade sorang member pakai...dia pakai time cuti sem..bali dr cuti..mak aiiii..dr tak cun jd cun giler...mula la sy & beberapa org member rapat dok pakat beli kat outlet bukit mertajam (masa tu study kat penang)...kulit kami mengelupas tak hengat sampai budak lelaki (member) pun tegur..malu aihh..dah la pedih..sakit...pegi kuliah pun tak selesa..alih2 hydroquinone yg mcm dlm botol racun tu kami tuang kat toilet...haha padan muka!nk cantik sgt konon...

masuk degree pulak...lg la byk experimen sy..berjiran pulak dgn owner butik NV visage, baik plak tu..siap buatkan facial utk kami (member2 serumah) kat rumah dia..& kami dah kamceng dgn kakak tu..sbb dia ddk sorang2...jd umah dia yg cntik macam hotel tu jd tempat lepak kami. tp sama jugak..takde kesan yg elok...elok sy pindah...produk tu jgk "putus hubungan" dgn sy.

tak lama lps tu..cuba produk 'pesona'..ade butik dia kat PKNS & sec9 shah alam..produk ni ok jugak pd sy..tp sekejap je kesannya...dah elok cun..tiba2 mcm dah immune..muka jerawat balik..produk terakhir sy cuba masa tgh study..emmm...produk yg dihasilkan oleh Tunku Zaidar, Zai's Beauty Formula..mmg best juga..tanpa chemical..poduk dari extract bahan2 semulajdi,sireh, pisang dll,tp sbb harga nya yg tak mampu sy tanggung..sy berenti guna!

sampai la sy keje..gaji pun byk masa tu..bujang pulak...sy smbg balik guna Zai's produk ni..tp tak lama sbb sy tak rasa kesan yg jelas..lps tu sy stop & give up...tak nak guna dah apa2 produk mahal..kata kakak ipar sy, guna aje la produk yg dah gerenti kualiti & mmg dah lama dlm pasaran & tested!mcm loreal & olay..tp sy tak nak..sy guna produk jenama Simple..yg ni mmg sy pakai lama...takde apa2 kesan drastik...biase2 aje..

Sy juga pernah guna set penjagaan muka millilea..mahal juga..malas maintain sbb mahal sgt..then sebelum kawen sy amik BWhite..takde kesan juga

smpai la sy nk kawen...muka ttp berjerawat & berparut hodoh..ooo..disamping guna produk luaran, dalaman pun dah try...detox bagai...muka gitu juga, pendek kata...sume dah tryla..hehe..nasib baik ade kakak ipar mak andam..dia mekap sy cntik2..parut sume tampal dgn 'simen'..hehe..so jerawat & parut tersembunyi kejap masa sanding tu...


org kata lps kawen jerawat akn kurang..emmm..sy tak pun..mcm tu jugak...sampai la sy bersalin..makin jd2..mak kata kulit muka sy macam duri nangka!apa la mak ni..bg analogi gitu..huhu..lps bersalin sy jumpa satu produk sabun yg mahal..sabun Mior..lama jgk try...ok esp kalo aisyah terkena ruam lampin..kejap je baik..kalo ade gatal2 pun ok..sy beli online..tp sejak blog yg jual tu mula2 beriya2 promote mior..tiba2 tukar kpd sabun lain..mula la sy start tak yakin dah, nak pulak ade yg kata mior tiru sabun eumora!trs sy malas nk cont. mahal pun iye!

mior yg mahal

produk2 biasa..jgn cakap la..byk dah try, sabun susu kambing,neutrogena, loreal, clean&clear, St Ives, temulawak pun penah try.sume tibai...semua biase2 aje..takde yg melekat dihati!

sampai satu tahap..sy dah tak kisah tntg jerawat lg..lantak la situ!hjg thn 2009 kalo tak silap..sy start mkn jamu mak dara, makan supplemen, multi-vit & awal thn 2010, start pakai olay total effect..tu pun culas2 juga...hampir 4-5bln jugak...dlm tempoh tu ade jugak buat facial & tak picit2 jerawat..tanpa sy sedar...jerawat gone..parut pun dah samar...mak kata sambil usap muka sy.."ha licin kulit..takde duri nangka dah"..hehe...dan ada juga kawan2 yg jrg jumpa tegur perubahan ni..

emm..kesimpulannya..jgn pikir sgt kot cemana nk licinkan & nyahkan jerawat..pakai satu2 produk tu konsisten...mungkin jugak sbb sy makan jamu or mungkin jugak sbb olay, or mungkin jugak sbb sy buat facial or mungkin sbb sy amik supplemen...sy pun tak tahu yg mana satu penyebab jerawat sy hilang..yg pasti..sy sudah setia dgn Olay, jamu mak dara & supplemen..

ataupun ssb faktor umur kot..hormon stabil..jerawat pun tak keluar dah..harap2 berkekalan la..sbb sy dah jemu berkulit kusam & berjerawat...tp entry ni tak bermakna sy bermaksud sy berkulit licin putih halus mulus tau!cuma bebas jerawat gedabak2 jer...parut masih ade..tp semakin samar..mesti ade yg kata..alahaiii..tu pun nk kecoh!lantakla...blog sy..ikutla sy bk citer ape pun kan..

sekarang ni..sy takde pakai apa2 toner ke moisturizer ke..cukup dgn sebotol olay total effect, nk mekap pun senang hati sbb takde lagi gunung ganang & lopak2 kat muka...facial cuma sekali sekala time ade masa terluang...bgs jugak facial ni..buat yg "treatment" mematikan sel2 jerawat tu, lulur..sy suka bedak kulit rambai, masker sy suka Olay..tak pun mustika ratu, pencuci muka of course Olay jugak...

bedak kulit rambai

setelah berhabis beribu2 utk produk yg tak sesuai..akhirnya sy jumpa juga yg sesuai utk kulit sy ni...takde la cun pun..tapi memadai la bg seseorg yg berjerawat mcm duri nangka mcm sy ni...mak pun dah tak bebel lg..kalo dulu asyik kata "rawat la muka kamu tu della"..hehe..dlm keluarga..sy sorang aje yg bermasalah kulit..yg lain sume maintain je..mak lagi la.tak pernah langsung berjerawat & guna any produk kecantikan..ok je..jeles!

pd sesiapa kat luar sana tu..sebelum pakai apa2 produk..cek dulu testimoni & buat research sikit2 tntg produk tu...jgn terpedaya dgn iklan...yg penting jgn amik produk yg mengelupas2 ni!bahaya!!

hihi..ok dah..tu je bebelan sy malam2 ni..hehe

Thursday, July 01, 2010

A NeW JuNioR?

Salam...

First of all...congrate to Bonda Mawar, Kristy & Husband for their new coming baby....
Seronok dgr org lain dapat baby & preggy sekali lg...

Kami??emmm...kerap kali jugak diajukan dgn soalan2 lazim..
bila nk tambah anak?
bila aisyah nk dpt adik?
bila itu..bila ini....?
aisyah meragam ni sbb nak adik lg...
emmm..mcm2 soalan & spekulasi!

nasib baiklah kami sudah ade seorang khalifah kecil..out little Aisyah..syukurr alhamdulillah!
kalo la kami belum punya..pasti kami juga tertekan dek pertanyaan2 sebegitu!serius!
sy kenal ramai yg tertekan dek kerana ini...

ye kami faham..soalan2 sedemikian ada yg sekadar bermanis mulut bertanya..tiada maksud apa2,..jauh sekali utk mengecilkan hati..tp ade juga yg bertanya bersungguh2 dan penuh makna tersirat!..kdg2 boleh rasa & dapat bezakan soalan2 yg sekadar memaniskan bicara & soalan2 yg sinis..kami tahu!tapi jawapan nya cuma...senyum!itu sahaja!

jawapan2 sebenar utk soalan sedemikian....hanya pasangan itu sahaja yg tahu..
macam kami...ye..mmg kami pasangan yg berkerjaya...masing2 ade income yg tetap dan mungkin pd pndangan org...kami berduit..Org selalu menilai luaran..tp tahu kah keadaan ekonomi kami?faham ke situasi pekerjaan kami?tahu ke emosi kami?tahu ke keadaan sekeliling kami?emm..kami saja yg tahu....
kenapa tidak mahu tambah anak lg?......byk jawapan2 yg org lain tak tahu dan tak pernah nk ambil tahu...

ye betul..setiap anak itu ade rezeki nya masing2...diakui!kalo tidak..mcm mana la seorang bapa yg bekerja kampung & seorg ibu yg menjadi surirumah..boleh membesarkan anak 6-7 org..malah ade yg berbelas anaknya..dan sume berjaya!Allah itu maha kaya...setiap insan yg lahir..ade bahagian2 rezekinya...

pada yg bertanya..senang saja jawapannya...kami mahu berikan yg terbaik utk setiap anak kami..dan pastinya..setiap perancangan kami ini...kami telah teliti dgn sebaik mungkin...moga2 perancangan kami ini..di redhai Allah..kami hanya mampu merancang & Allah saja yg menentukan...

Emmmm..kpd pasangan yg masih belum punya zuriat...belum ade rezeki...sila abaikan cakap2 org...jgn ambil hati...kerana mereka tidak tahu perancangan Allah..dan mereka juga tidak faham perasaan kita...

eh..emo pulak tiba2...:P


erkkk...ini bukan test kit sy ye...gambar sekadar hiasan..credit to(klik)

emm...kdg2 pelik..bila bujang..org asyik tanya bila nk kawen..bila dah kawen org asyik tanya bila nk dpt ank..bila dah dpt anak..org tanya bila nk tmbh anak lg..bila dah tambah ank lagi dan lagi dan lagi..org akan cakap pulak,...ramai nya anak..asyik beranak je...!
emm...lumrah manusia...semuanya tak nampak sempurna...ade je yg tak kena..moga2 kita bukan tergolong dlm org yg suka bercakap sedemikian la...
bersyukur dgn apa yg ade ye tak...?!

kalo ade yg bertanya lg..kami jawap je.."insuran belum cover"..hehe..serius!pd yg amik polisi yg cover maternity mmg tahu apa maksudnya kan...bukan mahu bermegah2 mao bersalin di hospital ternama..first class bagai.....mungkin ade yg kata..ala....hospital kerajaan kan ade...again....jawpannya..hanya kami yg tahu kenapa...

thanks to our family yg mmg selalu memahami kami...love u all..
sampai masanya...akan ade new junior dari kami...doa2kan!

Thursday, June 17, 2010

Alanna Qish & Amir Yusuf

Salam...

Pertama sekali...Alfatihah untuk anakanda2 istimewa ini...Alanna Qish & Amir Yusuf...
Kedua2 insan istimewa ini adalah penghuni syurga..
dan sy pasti ramai antara pengunjung setia blog ini pun maklum tntg kisah kedua2 anak ini...

Sy ingin menyampaikan berjuta2 terima kasih kepada ibu & bapa kedua2 insan istimewa ini kerana sudi berkongsi kisah di alam maya..bukan senang sy kira untuk menulis & menceritakan detik2 sedih yg berlaku...sy kagum!

Sy pasti..semuapembaca terutamanya ibu2 yg mempunyai anak kecil seperti mereka apatah lg jika sebaya..akan tersentuh hati bila membaca setiap luahan setiap kisah...
sy pasti...setiap kali membaca...airmata pasti mencurah2..hati pasti mendoakan semoga anak2 ini cepat2 disembuhkan dari penyakit..lalu kita tinggalkan komen sebagai kata2 semangat & perangsang!walaupun kita hanya merasai sedikit sahaja kesedihan, beban & tekanan yg mereka rasai...

pasti fikiran akan segera melayang teringatkan anak yg ditinggalkan kepada pengasuh (jika mummy bekerja)...lantas teringat...betapa cepatnya kita melatah & cepatnya tangan kita singgah di badan si kecil jika si kecil kita membuat pelbagai ragam yg menyakitkan hati...nak nak pula masa tu kita sedang begitu penat dgn rutin seharian...kita insaf bukan...?? jika sedang bekerja..rasanya..mahu saje terbang pulang..mendakap anak kecil kita yg sihat walafiat..mahu saje mencium,memeluk& mendukungnya & membisikkan kpdnya..."i love u soooo much"...

inilah yg sy rasa...pernah satu ketika..sy terasa penat sgt terjaga setiap malam kerana Aisyah kerap bgn & menyusu...bdn sy sakit2 kerana terpaksa mengiring sebelah kerana Aisyah ingin menyusu sepanjang malam...badan sy penat..nk bekerja pun tak semangat!letih!

pernah juga sy 'naik hantu' bila Aisyah main baby oil yg baru dibeli hingga habis sebotol besar ditumpahkan....gara2 sy terlena sekejap semasa Aisyah bermain..dan juga sy pernah memarahinya kerana Aisyah membawa bekas yg berisi minyak masak yg dah digunakan utk menggoreng ikan & ditumpahkan atas tilam!

tetapi kerana kisah2 Alanna & Amir...sy tidak lg merungut & naik hantu!apalah sgt dgn sengal2 badan mengiring sepanjang malam..apalah sgt mengantuk & tak cukup tidur kerana kerap terjaga tgh malam..apalah sshnya nk mencuci baby oil yg tumpah diatas lantai..apalah sgt membasuh tilam yg terkena minyak...'kepayahan' kecil-kecilan sy ni...apalah sgt jika nk dibandingkan dengan kepayah-kepayahan ibu2 & ayah2 Alanna & Amir...mereka lg hebat diuji..mereka kuat..mereka tabah!

apalah sgt dgn kesalahan-kesalahan kecil yg dilakukan oleh Aisyah...itu salah satu antara proses tumbesaran & proses pembelajarannya...sy berjanji pd diri..jgn lagi kerap 'naik hantu'...nnti diri sendiri yg stress..jika anak buat salah..kita tunjukkan apa yg betulnya..jika dia sepahkan mainan...tunjukkan cara mengemasnya...jika dia menconteng dinding..ajar dia menconteng di buku lukisan...boleh simpan buat kenangan..jika dia membuat perkara2 diluar dugaan & membuatkan kita sakit hati...(macam aisyah tumpahkan minyak ikan atas tilam)..amik saje kamera..rakam!kalo ade blog...cerita sikit tntg kejadian itu..tepek gambar..esok2 dia dah besar..dia tahu..betapa nakal nya dia & dia akan hargai kita (ibubapanya) yg sabar melayani karenahnya...

mommies & daddies out there....sayangi anak kita...dalam manja ada tegasnya...
marah & menghukum tidak salah tapi biar sepadan dgn usia & kesalahannya...

p/s: tiba2 teringat Arwah adik Syafiah Humaira...gara2 tidak mahu memakai selipar..dia disepak teranjang hingga menemui ajal.....kejamnya manusia!