Followers

Tuesday, August 16, 2011

Lain Padang..lain belalang..

Salam

Sedar tak sedar dah 16hari Ramadhan..mcm mana kualiti Ramadhan kita kali ni?
Saya personally dapat rasakan Ramadhan kali ini berlainan sungguh dari Ramadhan yang lepas. Kenapa? Rahsia..:)

Ramai yang dah bercerita tentang 'raya'..baju raya la..kuih raya la..mcm2 la..
Lain org lain sambutannya..teringat zaman kanak2 saya...kami sekeluarga menyambut raya sangat lah bersederhana dari segi persiapan..tapi meriah dari segi suasana!

Menjelang hari raya..rumah pasti 'togel'!langsir semua dicabut, cadar pun sama!bukan nak di ganti baru..tapi nak dibasuh..seingat saya..tak pernah walau sekali pun langsir rumah kami berganti!Kalau berganti pun, langsir terpakai..ihsan arwah opah kuala (mak kpd arwah abah). Karpet yang mak beli secara ansuran dari Mamat parkistan..setahun 2x aje dipakai..sekali raya puasa, sekali raya haji..itu pun raya kedua mak dah gulung dan simpan balik..maknanya..guna la bertahun2 pun..karpet masih kelihatan baru..strategi!

Rumah kami takde biskut raya. Serius!yang ada cuma kuih2 tradisi yg mak atau arwah opah buat sendiri. Bahulu, kacang botak, kuih siput, lidah buaya, kerepek pisang, kuih batu karang, maruku...lemang dan rendang wajib ada. Jadi, kalau nak makan sedap2..kena la pergi beraya rumah org lain. Kalau sekitar rumah saya..emm..nak makan ketupat daun palas..Kami tuju rumah Mak Nun atau lebih mesra saya panggil Long. Kalau nak makan ketupat nasi dan kuah kacang yang sedap..kami pergi rumah Pak Chat & arwah Mak No. The best ketupat & kuah kacang in the kampung! Teringin nak putu kacang yg best..jom terjah rumah Mak Su & Pak Jaka!..hehe..Nak lontong johor..moh kita ke rumah Kak Milah sebelah rumah..pendek kata setiap rumah ada speciality masing2..Rumah saya ada laksa!Nak rasa biskut2 moden..kenalah pergi rumah org yang berada sikit..hehe..

Penat tau kalau beraya..kalau dulu beraya sebab nak rasa masakan/kuih yg sedap2..bukan kira sangat nak collect duit raya..masa tu duit raya berapa la sangat..dapat 20sen pun dah kira best!

Menginjak usia belasan tahun..kakak saya pun dah bekerja..jadinya kami pun sudah pandai membakar biskut raya..jadi rumah sudah ada biskut moden!Laksa tetap hidangan wajib!Kakak pulak dah habis belajar rekaan fesyen di sekolah vakasional..so mmg ada mesin jahit dan masa ni la melaram sakan..baju semua buat sendiri. Langsir rumah juga mampu ditukar..tapi bukan setiap tahun la kan..namun sambutannya masih sederhana!kami tak pernah tukar apa2 perabot..bunga?hiasan rumah?emmm tak ada pun..entahla..mak memang bersederhana. kuih 3-4jenis tu dah memadai. Yang penting mak nak ada rendang & lemang..itu saja..senang beraya dengan mak...tenang aje...

Bila saya berkahwin..sambutan raya di rumah mertua agak berlainan..meriah dengan cara tersendiri...

Apa pun..lain padang lain belalang..lain org lain cara sambutannya..terpulang kepada diri masing2..tetamu yg dtg tak ingat pun kalau kita tukar sofa baru...perabot baru..langsir baru..kita je yg perasan sendiri..sudahnya..membazir je kan..yg penting layanan kpd tetamu..raikan tetamu ye dak..jgn rumah mcm tongkang pecah sudah....



Iftar2011 @ teluk panglima garang

Salam

menyambung kembali tradisi berbuka bersama sahabat Ratuhati..hehehe..tapi kali ni ber3 pasangan aje..saya, sya & ann..tu pun dah tak cukup masa menyembang sakan..hehe..

maaf lah sya & ann..saya tak sempat nk sediakan byk juadah..cuma sempat 'golekkan' ayam aje..tu pun rasanya tak berapa umppphh..sebab terkejar2 buatnya...apapun udang tempoyak yg sya masak sangat best..popia basah yg ann bwk tu pun..sgt rich..cuma perut tak muat nak makan byk2..senak!first time berbuka semeriah mcm ni..apa pun thanks pada tuan rumah..sya & yassir kerana mengalu2kan kedatangan kami..next year umah ann pulak ye..hehehe..'rahsiaaaa' bak kata ann..apapun yg plg seronok..si Aisyah & Darwisy la..masa Darwisy dtg umah Aisyah..Darwisy nangis takmo balik..Ni terbalik..masa Aisyah dtg umah Darwisy..Aisyah pulak monyok takmo balik..aduaiii.. takpe..nanti kita jumpa lagi ye...next time auntie ann mesti dah bawak baby kan kan...

udang tempoyak Sya

ayam tergolek (overshadow dek sayur)

Aisyah & Darwisy..

alamak..gambar ni je yg sempat snap..gara2 ralit menyembang...

Monday, August 08, 2011

Roasted chicken/ayam 'tergolek' ala Della

Salam

Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Weekend lepas saya dan abang sekeluarga sempat balik kampung melawat kakak sekeluarga. Lain benar rasanya balik kampung tanpa mak menyambut kami di muka pintu..Lain benar rasanya balik kampung tanpa merasa laksa mak yang sedap...rasa kosong dan sunyi..tak sabar tunggu mak balik dari umrah!

Menu special hari itu adalah roasted chicken/ayam golek. Haha..ini lah kali pertama saya mencuba resepi ni. Takut je tak menjadi. Macam2 resepi saya google. Tapi tak semua resepi saya berkenan especially yg selera melayu ni..ada yang bersantan la..mcm2..satu je resepi yang saya berkenan..ilham dari kak roza. Walaupun kak roza tak bercerita secara details bahan2 nya..tapi ilham dari kak roza buatkan saya berimaginasi dan mereka2 resepi sendiri.

Alhamdulillah..walaupun rupanya tak la seindah ayam golek kenny rogers..tapi rasa nya boleh tahan sedap..(eh bagi saya sangat sedap...wah..puji diri sendiri gitu!). Untuk yg bertanya menerusi FB hari tu..di sini saya kongsikan resepi. Resepi saya tiada sukatan metrik tau..semua main campak2 aje ye..pandai2 la adjust mengikut kuantiti ayam

Bahan-bahan

seekor ayam
kentang
carrot
cauliflower
kacang peas
putik jagung
capsicum
lemon
garam
oregano
blackpepper(tumbuk kasar)
bawang merah
bawang putih
halia
sedikit butter
minyak zaitun (saya guna minyak kelapa dara)
sos tiram
kicap
garam

cara-cara

bersihkah ayam
lumurkan ayam (luar dan dalam)dengan bawang merah, bawang putih & halia yg telah ditumbuk kasar, garam, sos tiram, oregano & kicap. perap paling minimum 1jam.
letak ayam di dalam dulang membakar dan letakkan sebiji bawang yg telah dibelah epat (atau lebih) di celah-celah ketiak & paha ayam. jika ada bahan perapan (cecair) yg berlebihan. masukkan ke dalam cavity (bhgian dalam ayam). belah 2 lemon. satu bahagian diperah rata atas ayam.satu bahagian lagi disumbat dalam cavity. jgn lupa letak capsicum yg telah dihiris juga.curah sedikit minyak zaitun (saya guna minyak kelapa dara sbb minyak zaitun takde kat kg) di atas ayam. bakar dgn suhu 200-250degC. Sementara itu rebus kentang dan carrot separuh masak dan masukkan dicelah-celah ayam yang sedang dibakar. bakar selama lebih kurang 1 1/2 jam. pastikan ayam masak dengan mencucuknya..Kalau ada cecair keluar..kira ok la tu. keluarkan dari oven, asingkan ayam dengan sayuran dan cecair (chicken stok) yang terhasil. balut ayam sahaja dengan aluminium foil, dan bakar lagi selama lebih kurang 1/2 jam. sementara tu, rebus/celur sayur yg selebihnya.
chicken stok yg terhasil boleh digunakan utk membuat blackpepper sauce (nanti saya share resepinya).
bila ayam dah masak, hias dengan sayuran2 tadi..ok..sedia utk dimakan..(sambil berangan ddk di kenny rogers)

ayam golek blackpepper yg rupanya tak seberapa..tapi umppphhh!


Thursday, August 04, 2011

kasih seorang BONDA

Salam..

Semalam saya sempat menonton 'Bersamamu' di tv3. Kisahnya sangat pilu. Terasa ke dalam hati! Betapa kasihnya seorang ibu tua kepada anaknya yg menjadi OKU gara2 terlibat dlm satu kemalangan. Dijaga dibeli dimanja anak yg sudah besar panjang itu umpama bayi kecil. Si ibu tua sentiasa tersenyum. Tiada airmata dititiskan sepanjang wartawan membuat liputan!Tubuhnya kurus, wajahnya sudah jelas kedut. Namun kudrat nya tak setanding usia!Kuat!Bermacam kerja si ibu tua lakukan demi sesuap nasi. Terus ingatan saya melayang pada mak yg kini sedang berada di Mekah. Susuk tubuh ibu tua itu, raut wajah nya iras2 mak. Rindunya saya pada mak!

Mak saya pun begitu. Jarang sekali melihat dia menangis!Sepanjang hidup saya..saya lihat mak menangis..boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Paling-paling tidak..cuma bergenang airmata..tidak sampai teresak-esak. Waktu arwah abah meninggal pun, mak termenung panjang..sesekali airmata tumpah. Tak macam kami..anak menantu yg teresak-esak hebat!

Mak org susah. Pelajaran pun tak tinggi. Mak tak lulus darjah enam pun gara2 tiada tambang bas utk ke sekolah menduduki peperiksaan. Tulisan mak pun cakar ayam. Mak tak mcm abah yg agak berpelajaran dan bergaya. Mak sederhana! Yang paling penting mak PENYABAR! Mak tak pandai melaram & bergaya. Gaya mak cuma seperti org kampung yang biasa. Tak selekeh tak juga bergaya. Mak tak pernah kenal alat2 solek. Lipstik pertama yg mak ada pun saya & kakak (atak) yg belikan. Itupun masa umur saya 13tahun. Sebabnya, saya sudah pandai shopping gara2 saya bersekolah asram di bandaraya. Sebelum tu mak cuma ada celak mekah. Itu saja!

Sejak kecil saya lihat mak bekerja keras. Menampung perbelanjaan keluarga. Mak akan keluar pagi2 hari utk menoreh getah. Bukan dekat tapi berkilo-kilo meter mak mengayuh basikal meredah kedinginan pagi. tengahari mak balik. Yang saya tahu beberapa seminggu sekali mak akan ke kedai Ah Seng utk menjual getah. Saya pasti akan ikut! sebab apa?sebabnya masa tu la mak akan berbelanja di kedai Ban Choon membeli keperluan dapur. Boleh la saya mengendeng sekotak Dendang atau Tora (tp lebih mahal) yg dalam nya ada mainan. Kalau ada rezeki saya, dapatla beli sekotak air dutch lady perisa coklat atau kopi. Itula air paling sedap saya rasa ketika itu. Minum sikit2 takut habis. Nikmat!

Tak cukup dengan itu..mak juga mengusahakan tanaman jagung. pagi menoreh, petang ke kebun jagung. Hampir setiap hujung minggu kami 'berkampung' di kebun jagung. Hasilnya dijual di pasar malam. Tak pun direbus dan arwah abah akan jual keliling kampung.

Bertahun mak menoreh getah. Sehinggalah kebun getah mak ditebang utk tanam semula. Masa Saya sekolah menengah, mak bertukar kerja. Mak kerja di kebun sayur. Masa ni dapat la makan sayur free. Dengan cili merahnya, timun nya..mcm-mcm ada.

Masa saya masuk universiti, mak bertukar kerja lagi..bekerja membersihkan estet. Pagi-pagi hari mak bersama kawan-kawan yg lain akan dijemput dengan lori..dudukla ramai-ramai dalam lori terbuka. Dengan topi nyonya sayur nya..hampir separuh muka ditutup utk menahan kepanasan. Hati saya sayu dek kesungguhan mak. Mahu saja cepat2 besar..cepat2 graduate..cepat2 makan gaji supaya mak tak perlu kerja lagi!

Masa saya menyambung sarjana muda..mak tak lagi bekerja diluar. Mak buat bisnes nasi lemak pulak. Bangun awal pagi sediakan nasi lemak daun pisang. Arwah abah akan menjualnya dengan motor dan hon keliling kampung selepas solat subut. Nasi lemak daun pisang yg masih panas.RM0.50 sebungkus!sedapnya masih terasa. Lepas tu mak mula buat kuih kecil-kecilan dan hantar ke kedai makan. Mak buat kuih bukan cincai. Dia mahu yg terbaik.. Segalanya lebih. Tepung talamnya kaya dengan santan pekat. Lemak!sedap..sebab kalau tak sedap, org kampung mana mahu beli. Lain la dibandar..tak sedap..mahal..mcm2 mana pun mesti laku..semua org terpaksa beli. Market dikampung lain.

Mak juga pernah jd babysitter. Anak cikgu. Wah bukan main ditatang bagai minyak yg penuh si budak itu. Buat mcm cucu sendiri. Kadang2 si emaknya tinggalkan sehari dua anaknya dengan mak & arwah abah. kerjaya sebagai babysitter berakhir apabila cikgu tu pindah ke tempat lain.

Banyak lagi kisah mak..semuanya akan saya simpan dalam memori kekal. Tak terdaya rasanya nak membalas segala pengorbanan mak. Saya tahu jauh dilubuk hati mak, mak tak inginkan ganjaran berbentuk material. Mak cuma mahukan kasih sayang dari anak-anaknya.. kalau boleh hari2 mak mahu mendengar suara anak2 yg duduk berjauhan. Mak pasti rindu kalau saya tak telefon sehari. Masa mak ke Mekah baru2 ni, mak tak titiskan airmata..cuma bergenang. Mak peluk kami erat2..katanya tiada apa yg perlu mak risaukan kerana anak2 masing2 sudah ada teman sehidup semati..Mak boleh beribadat tanpa risaukan keadaan kami di sini.

Hujung minggu ni kami nak balik ke kampung. menjenguk kakak (atak) sekeluarga. Atak lagi pasti sunyi tanpa mak kerana dia seorang saja yg tak pernah berpisah lama dengan mak. Saya dah biasa.. Sejak umur 13 tahun hingga kini saya ddk berjauhan dengan mak. Abang pun sama.. Ini kali pertama kami balik tanpa mak menunggu kami dengan laksa dan masakan kampungnya yg sedap. Mcm mana lah perasaan kami nanti?Mak kami rindu.....


Wednesday, August 03, 2011

'ops no bazaar'

Salam Ramadhan..

Macam mana puasa kawan-kawan semua? Saya alhamdulillah..2hari ni perasaannya mcm better than tahun lepas. Mesti ramai ibu2 terutamanya yg berkerjaya & tak mempunyai helper di rumah hari2 memikirkan nak masak apa utk juadah berbuka kan?Saya pun mcm tu..masuk je tghari..mula la terfikir nak masak apa bila balik kerja nanti.

alhmadulillah, since tahun lepas saya sekeluarga dah sepakat utk lancarkan satu operasi..operasi ape?hehehe...lets name it as 'Ops No Bazaar'..mcm polis pulak ek...lancar2 operasi :P
Bukan apa..byk sgt bad experience dgn bazaar ramadhan ni..bukan semua tapi kebanyakan peniaga kaut untung lebih rather than memikirkan kualiti makanan yg dijual. byk kali terkena kuih basi la..rupa cntik tapi tak sedap..mahal dan seumpamanya.

tahun lepas 'ops no bazaar' kami takde la berjaya 100%..ada juga 2-3hari terpaksa singgah ke bazaar dek terlalu penat nk masak. Tapi mmg most of the time..balik keje aje..saya dah 'bersilat' didapur..letih mmg letih..janji dapat berikan yg terbaik untuk keluarga..itu dah cukup nikmat.

Tahun ni harap2 matlamat 'ops no bazaar' kami tercapai 100% insyaallah!bukan itu saja...'ops no biskut raya' pun ade...insyaallah tahun ni saya tak nak beli/order apa2 biskut raya. Beli pun hanya utk mertua. Tahun lepas punya la beli kuih yg mahal & sedap..puas hati?mmg puas hati..tapi bila sedar2 balik..sgt la membazir!bukannya ramai tetamu yg dtg rumah buruk kami..kuih tu pun most of the time..kami yg terpaksa menghabiskannya..

Dan lagi satu..saya cuba sebaik mungkin utk avoid santan & minyak dalam masakan. jika perlu baru guna..wah....sound like..pengamal makanan sihat kan?hahaha...

kali ni kami berbuka ringan2 aje..cukup minum air & kurma atau kuih muih..lepas terawih baru makan makanan berat..baru selesa solat. Hati pun rasa gembira..

Disebabkan 'ops no bazaar'..saya dah pun buat sedikit preparation..meh saya share apa yang saya prepare...preparation saya cuma berdasarkan pengalaman sendiri dan berdasarkan masa yang sgt limited utk menyediakan juadah berbuka (saya selalu sampai rumah sekitar pkl 6 petang)

sorry terpaksa tayang freezer yg tak tersusun ni..

1)pastikan beli barang basah secukupnya (paling kurang utk seminggu). Saya tiada masa untuk membeli stok makan secara harian. So saya beli byk2 sekali.

2) bahagikan makanan basah kepada beberapa bahagian kecil.contohnya..Sekilo daging boleh dihagikan kepada 6 bekas kecil..mcm saya, saya bahagikan mengikut portion makanan yg akan disediakan..bekas kecil utk rencah (eg. utk mihun goreng)..bekas besar sikit utk main menu (eg. daging blackpepper). So disini kita jimatkan masa utk menyediakan makanan. tak perlu ambil masa yg lama utk defros dan menjaga kualiti dan zat bahan makanan basah tu..ingat ye..sekali dah defros..jgn masu freezer semula ye.

3) kalau boleh plan menu awal2.

4) sediakan/potong/hiris bawang & rencah makan awal2 dan masukkan dalam fridge. Balik kerja terus masak..so tak perlu spend masa utk potong bawang dan sebagainya.

5) stok sayur pun kena jaga elok2..sebaiknya asingkan sayur mengikut jenis dan letakkan dalam bekas berlainan utk memastikan kesegaran sayur. saya sukakan cauliflower & carrot sebab tahan lama. Sayuran hijau saya tak buat stok byk2 sbb cepat kuning, paling lama 2-3 hari saja.

so far ini saje la yg saya sempat prepare. mula2 mmg terfikir nak beli microwave..masak byk2..then divide into small portion..balik kerja heat aje..tapi kan tak elok utk kesihatan dan tak fresh..mcm tahun lepas..fridge saya kecil sangat..so ssh nak simpan stok makanan. dan thn lps saya tiada preparation yg lengkap..sudahnya saya terlalu penat didapur sampai jejas kualiti ibadah..nak solat terawih pun tak larat!

tahun ni azam baru!saya cuma masak yg simple aje..rebus/bakar/panggang! senang!tak perlu kuih muih pelbagai!pendek kata bersederhana.
Apa pun mudah2an puasa kita kali ini lebih baik dari tahun lepas!Selamat berpuasa semua!

menu semalam..ayam panggang!(gambar semasa masih dlm oven :P )

Tuesday, August 02, 2011

Formula Khatam Quran & Tadarus

Salam Ramadhan

Cuma nak berkongsi entry lama tentang khatam al-Quran di bulan Ramadhan. Semoga bermanafaat utk semua yg membaca..

petikan entry lama..

khatam=30juzuk
30juzuk/30hari Ramadhan=1juzuk/1hari
1juzuk=10helaian
10helaian/hari=2helaianx5(sele​pas atau sebelum solat fardhu)


link ke entry lama disini [...]