Followers

Thursday, March 31, 2011

Marble Cheesecake + Mini gathering geng Ratuhati

Salam

Hari ni nak share resepi marble cheesecake. Kalau rajin selongkar blog ni, akan jumpa entry lama tentang cheesecake juga.. tapi bukan versi marble.
Resepi ni sangat simple & saya tak refer pada mana2 resepi lain. Ini versi hentam kromo saja.
Saya buat kek ni tergesa-gesa sebab nak bwk pergi small gathering geng-geng ratuhati di taman tasik shah alam. Ada mak buyung tu (hehehe) takut pulak dia teringat-ingat cheesecake saya..mengidam nanti.. payah saya..hehe
Gathering dijadualkan sekitar pukul 4-5petang..kek ni saya buat pukul 230ptg..
ok..ini resepinya..(ann sila salin..buat jgn tak buat...:))
versi belum masak
Bahan-bahan

Kek:

250g creamcheese
1/4 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil essen vanilla
sedikit coklat emulco

Crust:

125g (atau secukupnya) mentega
2 bungkus kecil biskut tiger

Cara-cara

  1. Sediakan crust terlebih dahulu. hancurkan biskut tiger (saya masukkan dalam plastik dan smash kuat manja dengan menggunakan roller..Tak perlu blend ye..) Masukkan dalam mangkuk/bekas.
  2. Cairkan mentega dengan kaedah double boil dan curahkan ke dalam biskut tadi. Kacau sebati. Sekiranya suka crust yang tebal, boleh tambah biskut dan adjust kuantiti mentega. Pastikan mentega tak terlebih. Paling elok, bila biskut dah bercampur mentega cair, tiada lebihan minyak kelihatan.
  3. Sediakan loyang, alas dengan baking paper/seumpamanya, ratakan bahan crust tadi dan padatkan dengan sudu/senduk.
  4. Sediakan bahan untuk kek, pastikan semuanya dalam suhu bilik. Satukan semua bahan kecuali coklat emulco di dalam blender/mixer (saya guna blender aje). Blend lebih kurang 1-2minit.
  5. Asingkan adunan lebih kurang 1/2 cwn. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan bersama crust tadi. Hentak loyang perlahan supaya aduanan bebas dari air bubbles.
  6. Adunan yang diasingkan tadi dicampur dengan coklat emulco dan dituang keatas adunan di dalam loyang. Buat corak marble yang disukai mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan lidi atau chopstik. Hentakkan loyang sekali lagi.
  7. Bakar pada suhu 180degC selama 20 minit atau sehingga masak. (saya guna teknik water bath dan tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek hangus & kering).

kek yang dah tinggal separuh (gambar oleh kak fisa)

disebabkan dah lewat nak bergosip-gosip di taman tasik...cepat2 saya sejukkan kek dengan kipas & masuk dlm freezer..hahaha
sempat juga ibuk2 makan kek ni.

ok ini gambar sekitar gathering..juga ambil gambar dari FB kak fisa, ann & sya..tq dear.

pics removed


6 org ibu yg gorgeous pot pet pot pet bersembang termasuk la terkejar-kejar menjaga anak-anak yang seronok bermain.
basikal pinjam...Darwisy, Aisyah & Irfan berebut-rebut nak naik..tuan punya, dak Ayip entah kemana menghilang...

ini dak Aisyah yang sibuk mengajak main kat playground..sampai mama tak sempat nak gosip :P

Selain cheesecake..baaaaannnyyak lagi makanan-makanan yg ada..kenyang la hari tu..tak payah dinner lagi. Thanks semua yg sudi luangkan masa..ada jodoh & rezeki kita jumpa lagi ye.

Wednesday, March 30, 2011

Roti oh Roti


Salam..

Sibuk tengok org lain me'roti'...tergedik-gedik teringin jugak nak buat. Kali pertama buat di kampung masa balik bercuti CNY. Kali pertama buat..tak jadi sebab tak ikut betul-betul. Doh terlampau kembang..sudahnya buat baling anjing pun silap-silap haribulan anjing kejar balik pengsan! esoknya buat lagi...naik gebu dan sedap. Itupun setelah resepi asalnya telah di review dan diolah semula oleh kakak saya yg memang ada experience bab2 me'roti' ni. Tapi terlupa pula nak salin resepi baru tu. ish ish ish..

Bila mencuba sendiri baru-baru ni, inilah hasilnya..uli guna tangan aje. breadmaker mana lah ada... tak sangka pula naik kembang setaman gini. dan rupa macam cendawan pun ada. resepi pun versi derhaka gitu. rupa macam cantik dan gebu. tapi rasa macam ada sikit kureng la..hajat nak buat jadi bun manis..tapi rasa macam kurang gula aje. dek kerana mengantuk sangat..sebab me'roti' tengah-tengah malam buta...terlupa nak simpan roti dalam bekas kedap udara..sudahnya..menjelang pagi..roti dah tak segebu masa mula-mula keluar oven.

jadi macam cendawan

2-3 hari lepas tu..cuba lagi..langsung hancusssssss...keras mcm roti kepala lutut...sakit hati tengok! tak apa la..esok-esok harus cuba lagi..memang la orang kata..beli aje..senang! murah pula kan..no no no...bukan itu yg saya mahu..sedap macam gardenia ke apa ke..tolak tepi..yang penting kepuasan! syok, bahagia & gembira bila tengok hasil yang menjadi! lepas ni nak cuba lagi

fresh from oven..gebuuu


Tuesday, March 29, 2011

Resepi Karipap Pusing



Salam..

Asyik bercerita tentang kek..dan kuih2 moden..kali ni nak share resepi tradisi..karipap!
Husband dan anak saya Aisyah suka sgt makan karipap..nak nak karipap pusing.
Kakak saya (saya panggil atak) juga meniaga karipap pusing di kampung. Ini first time saya buat karipap pusing sendiri. Sebelum ni asyik mengacau atak saya buat aje. Nak buat ni pun..berkali2 call atak. Naik rimas dia. Biasa la tokeh karipap..mana ada sukatan yg betul2..main agak2 aje. Saya pun sebenarnya tak berapa suka masak bersukat2 ni. Resepi ini pun saya main agak2 aje..resepi doh aje ye..inti ikut suka la nak letak inti apa. saya prefer kentang & daging cincang

Bahan2

Doh A
500 g tepung gandum
2 sudu besar gula
4 sudu besar shortening (atau lebih sikit pun boleh)
sedikit garam
air sejuk (air+ice kiub) secukupnya

Doh B
250g tepung gandum
marjerin/mentega secukupnya

Cara2

Doh A
satukan semua bahan kecuali air sejuk
gaul hingga sebati
masukkan air sedikit demi sedikit hingga terbentuk doh yg lembut
uli hingga doh lembut dan agak kenyal
rehatkan dalam 15-30min dalam bekas tertutup
kepal bulat2 berdiameter lebih kurang syiling 50sen

Doh B
gaul tepung dan mentega/margerin sehingga terbentuk doh dan boleh dikepal2.
kepal doh bulat2 berdiameter lebih kurang sebesar syiling 20sen.

ambil doh A yg dah dikepalkan sebesar syiling 50sen tadi..leperkan atas tapak tangan..letak doh B ditengah2nya dan balutkan dengan doh A tadi..bulatkan.
dengan menggunakan roller, gelek aduanan menjadi sebesar tapak tangan.gulung.
gelek sekali lagi gulungan tadi secara memanjang dengan kelebaran lebih kurang selebar 3 jari tangan dan gulung sekali lagi. ambil pisau dan bahagi 2 gulungan tadi. setiap satu gulungan di gelek membentuk bulat. masukkan inti dan kelim.
goreng dengan api sederhana sehingga keemasan. siap

karipap pusing rangup siap!!!

p/s:utk langkah yg lebih jelas..lain kali saya sertakan step-by-step yang bergambar.

Friday, March 25, 2011

Makan-Makan..Lepak-Lepak

Salam

Hujung minggu lepas..husband saya outstation. Dari kebosanan duduk berdua dengan Aisyah, saya menjemput sahabat sejawat saya, Cik Harnani & Cik Raudah yg bujang trangtangtang ni lepak-lepak dirumah..sambil makan-makan..buat karipap pusing..

menu utama..nasi hujan panas

dalca..first time buat..bergandingan bahu dengan Cik Raudah..masih atas dapur lagi..sedang menggelegak

ayam yg sangat sedap..ini sahabat saya..Cik Harnani yg buat

pencuci mulut..puding roti prune + sos kastard (tiada dalam gambar)..ini pun Cik Harnani yg buat

karipap pusing..juga first time buat..dengan bantuan Cik Raudah & Cik Harnani

lewat petang,..buat laksa..tapi tak sempat nak ambil gambar..
lepak dari tengahari sampai malam...best tuu..rasa mcm bujang kejap..haha

p/s:sahabat saya yg berdua ni..hebat2 tau..bab2 'bersilat' didapur ni..mmg tip top.
.

Tuesday, March 22, 2011

Selena & Santa Esmeralda

Saya tak minat...err..tak berapa minat lagu2 zaman sekarang. Ada la dua tiga yang saya suka.
Masa belajar dulu, tak ingat entah siapa yang bagi & install mp3 dalam desktop saya. Terselit la Album Selena ni..dengar melodi..lirik..memang best. Tak sangka pula saya jatuh hati pada lagu-lagu nya..Sampai print lirik & tepek kat lecture notes :P. Konon-konon dilamun cinta la gitu..ceh! :P..selain Selena..saya suka lagu Santa Esmeralda, "you are my everything"...jiwang karat seh..serius suka..suka sangat! i ada piring hitam dia uuu..simpan buat kenangan! tapi husband saya amat la tak suka lagu ni..kenapa ntah..agaknya dia ingat lagu ni..lagu 'tema' saya dgn seseorang kot..ntah apa apa!
p/s: saya tak suka lagu "kasih kekasih"-inteam..bersebab!

ok jom layan lirik aje..mendung2 ni..mood pun swing..lalalala


I Could Fall In Love


I could lose my heart tonight
If you don't turn and walk away
'Cause the way I feel I might
Lose control and let you stay

'Cause I could take in my arms
And never let go

I could fall in love with you
I could fall in love with you

I can only wonder how
Touching you would make me feel
But if I take that chance right now
Tomorrow will you want me still

So I should keep this to myself
And never let you know

I could fall in love with you
I could fall in love with you

And I know it's not right
And I guess I should try to do what I should do
But I could fall in love, fall in love with you
I could fall in love with you

Siempre estoy sonando en ti
Besando mis labios, acariciando mi piel
Abrazandome con ansias locas
Imaginando que me amas
Como yo podia amar a ti.

So I should keep this to myself
And never let you know

I could fall in love with you
I could fall in love with you

I could fall in love, I could fall in love
With you...


Dreaming of You

Late at night when all the world is sleeping
I stay up and think of you
And I wish on a star
That somewhere you are thinking of me too

'Cause I'm dreaming of you tonight
'Til tomorrow I'll be holding you tight
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming about you and me

Wonder if you ever see me
And I wonder if you know I'm there
If you looked in my eyes
Would you see what's inside? Would you even care?

I just wanna hold you close
But so far all I have are dreams of you
So I wait for the day and the courage to say
How much I love you, yes, I do

I'll be dreaming of you tonight
'Til tomorrow I'll be holding you tight
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming about you and me

Corazon
(I can't stop dreaming of you)
No puedo dejar de pensar en ti
(I can't stop dreaming of you)
Como te necesito
(I can't stop dreaming of you)
Mi amor, como te exstraño

Late at night when all the world is sleeping
I stay up and think of you
And I still can't believe that you came up to me
And said, "I love you," I love you too

Now I'm dreaming with you tonight
'Til tomorrow and for all of my life
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming with you endlessly

Dreaming with you tonight
'Til tomorrow I'll be holding you tight
And there's nowhere in the world I'd rather be
Than here in my room, dreaming with you endlessly
(I'll be dreamin')

Dreaming of you tonight
(Endlessly)
And I'll be holding you tight
('Till tomorrow)
Dreaming with you tonight!
(Endlessly)
(Endlessly)
(Endlessly)
(Dreaming)

mari berangan beramai-ramai :P

Thursday, March 17, 2011

A walk to remember.....

A walk to rememeber

Siapa pernah nonton filem 'A walk to remember'?...
2 thumbs up saya bagi untuk filem ini. Seingat saya, kali pertama saya tonton cerita ini masa final year/semester degree. Jatuh cinta pada jalan cerita nya, sinematografi nya...syhadu..perasaan terbuai-buai rasanya.
Nak berangan..nak bayangkan wajah siapa?! Masa tu single-'mingle' lagi. Belum lagi jatuh cinta pada si dia. Masih kawan-kawan gitu.

Masa belum punya siapa-siapa..seronok kan berangan..tengok filem berangan..baca novel berangan..baca buku electromagnetic theory pun tersenyum-senyum. (^>^)

Saya masih mencari CD/DVD cerita ini. Belum jumpa lagi..

Bila hati rasa mendung...rasanya sesuai tengok cerita ni kan..hah berangan lagi!
Bila hati rasa mendung...korek-korek semula kisah-kisah lama dengan si dia..
eh jumpa ini..senyum semula..

ini surat cinta yang pertama..tak ada ke dua ketiga ke empat..ini satu-satunya! tak pasti karangan nya ikhlas atau tak..ataupun sekadar nak 'memancing'. Yang pasti..sekarang dah kahwin..:P

kisah cinta dengan si dia tak adalah indah macam novel..tapi saya tetap rasa indah..
si dia cinta rasmi saya yang pertama..mudah-mudahan yang terakhir juga...
cinta gelap?hohoho tak ada ye..kelabu asap..macam ada..haha

Hari ini mood cintan citun..gasakla kan..blog sendiri.. kali terakhir saya bermood macam ni dalam blog..ada yang tinggalkan komen menjelekkan. Dengki atau meluat..tak pasti!
Harap-harap kali ni tak ada la ye. Bukan kisah dengan orang lain pun.. Dengan suami sendiri..suka hati la kan.. :P


Muda-muda..berpimpinan tangan..
Dah tua-tua.. harus pimpin lagi erat...mana nak tahu kot-kot dah tak kuat.. :P

diizinkanNya..jika umur panjang..mahu juga macam ini

Harap-harap bahagia hingga hujung nyawa...
Mahu bercinta hingga ke syurga..maka haruslah usaha untuk ke sana..
Bertemu keranaNya..bercinta keranaNya..berpisah juga keranaNya..

"~ our love is like a wind...I can't see it..but I sure can feel it ~ "

Wednesday, March 16, 2011

Si Dia yg kami panggil al-humaira


Si dia yg kami panggil "al-humaira"
dia juga penawar..
menginjak ke usia hampir 3 tahun...
tempoh yg amat membahagiakan kami..
kadangkala..dia juga 'racun'..
membuatkan kami kadang2 terpekik-pekik...
namun kami cepat2 sedar..apalah akal si cilik ini..
mahu di herdik di cubit..
kami mampu bersabar..setiap laku nya yg mengundang pekik..
kami akhiri dgn tawa...lucu!


si dia sudah tahu apa yg salah apa yg betul..
malah si dia pula yg 'menasihati'..
"papa..jangan bawak laju-laju ye"
"papa..hati-hati ye"
"mama..jangan tumpah-tumpah ye"-(aik..mama yg tumpahkan atau kamu?)
si dia yg amat berdikari kerana saban hari ditinggalkan bersama org lain..
(maaf sayang..papa & mama harus cari rezeki)
sudah pandai mandi sendiri

Setiap gerak geri mama di dapur pasti diperhati penuh minat..
kerusi kecil di panjat..
Basuh pinggan..potong bawang..menggoreng telur..buat kek..menjahit..semua diperhati...minat!
warisi hobi & bakat mama ye sayang!
pertandingan pakaian beragam-2nd place


kenangan di puncak gunung mat chinchang
suka kamera-mcm mama

Hujung minggu pasti kami penuhi hari si dia..mahu si dia bergelak ketawa gembira..
Malam hari kami pastikan tidur nya dalam dakapan..erat! matanya dan dahinya kami kucup..bau rambutnya kami hidu sedalamnya..hati rasa nyaman..tertawa kami mengenang nakal nya seharian.."dah besar anak kita.." ungkap kami berpandangan..
paling mama suka..gigi si dia yg cantik tersusun mcm gigi papa..
bau mulut si dia yg 'mashem'.. tp mama suka..tak tahu kenapa..

main cop cop..katanya..

hasil seni "al-humaira" yg pertama

sudahnya tertidur keletihan selepas badan penuh warna-warna comot..jenuh mama sental kamu

Kami menyayangi kamu sepenuh hati wahai "al-humaira"..panggilan istimewa tatkala si dia culas bangun tidur..di panggil 'al-humaira"..si dia tersenyum walau dalam pejam..suka..
"al-humaira" permata kami..membesarlah sayang..jadi anak solehah!

Tuesday, March 15, 2011

Kondisi pasca-tsunami...

Salam...

Gempa & tsunami di Acheh...menyayat hati..
rasa sedih takut yg begitu mencengkam..
Subhanallah...besar sungguh kuasa Yg Esa..tak daya nak melawan..
mangsa..majoriti seagama...rasa lebih simpati...
TV, radio, surat khabar..sarat & panas dek cerita tragedi penghujung 2004 itu..
malah ada akhbar yg menambah halaman extra khas melaporkan tragedi itu..
simpati melimpah ruah..tabung bencana segera dilancar sehinggakan ada juga yg ambil kesempatan..
Tapi kenapa gempa & tsunami di Jepun...
Media kita seolah2 tak bersungguh2 melaporkan...
Malah ada yg menyiarkan artikel/karikatur yg menjelikkan..bencana di buat bahan gurauan!
Ada juga 'org' yg memberi komen menjelikkan di media..bukan calang2 org!
Ada juga yg gusar hal ekonomi berbanding luahan simpati
Menggambarkan seolah2 Malaysia ni tak sensitif..rakyat ber IQ sgt rendah!
Ada juga akhbar menulis kisah bintang porno negara matahari terbit itu terselamat dari bencana!
Excuse me..apa ke jadahnya kisah si bintang porno tu lagi penting? tak ada kisah lain mahu dikorek & diceritakan?
Malu..malu yg amat bila terbaca semua tu!
Adakah Malaysia kekurangan journalist yg genius?
Ataupun media sekadar buat apa yg patut utk lariskan akhbar?entah...

Adakah 'org besar2' tidak berfikir atau tak boleh fikir sebelum berikan kenyataan di media?katanya...(dialih bahasa dalam bahasa pasar) ~"pengajaran untuk semua negara. lain kali nak buat pembangunan canggih2..buat kajian dulu"~(lebih kurang gitu la maksud nya) excuse me...ini negara bertaraf maju..ulang sekali lagi..MAJU. Of course la setiap pembangunan disertai dengan kajian bertahun2..bagunan mereka direka kalis gegaran (tapi jika Allah kata..kun fa ya kun sekuat mana pasaknya..runtuh juga).....kalau tak ada kajian..sah2 gempa 3 skala ritcher pun boleh runtuh..bukan mcm negara kita..tak ada angin tak ada ribut..stadium boleh runtuh..siling makmal boleh roboh. bangunan kerajaan boleh bocor..aduaiiii...ceteknya pengetahuan.

Jika tak arif..paling2 tidak..cukup dengan ucapan takziah & menzahirkan simpati...cukup..memadai..tak usah memandai2 bercakap dari segi teknikal jika tak tahu mengenainya! yg penting..tak perlu kenyataan yg konon2 nampak hebat & pandai..zahirnya tidak! meluat!

Jika kita negara Islam..Acheh rata2 Islam...nun di Jepun..bukan Islam..tapi itu bukan alasan untuk kita men'double standard'kan apa2..malah...secara tingkahlaku nya cara mereka lebih 'Islam'..lebih bersopan santun...dari kita yg konon2 nya melayu Islam..Kalau kita di tempat mereka macam mana? Sudah la dilanda bencana....jadi bahan jenaka pulak....jika di Acheh..berduyun2 sukarelawan menghulurkan bantuan..kenapa sekarang tidak pula?

Please...revolusikan minda!(bak kata kak ummi). Beradablah..tak kira dengan siapa..apa bangsa nya pun..itukan sifat sebenar seorg Islam.

Sendai airport-before tsunami-courtesy [...]

Sendai airport-after tsunami-courtesy [...]

Untuk sahabat saya yg berada disana...En. Khairul & Pn. Hanim sekeluarga...saya dioakan semoga semuanya selamat & dilindungi Allah. Dan juga kenalan blogger..kak hana (hanamemories)..Semoga Allah pelihara kesejahteraan Kak Hana sekeluarga..
Juga kepada mangsa bencana yang tak mungkin membaca atau memahami apa yg ditulis...tiada apa yg boleh saya ucapkan selain ungkapan maaf dan takziah....saya yakin mereka pasti pantas bagun semula..!!

p/s: pasca tsunami-lihat link ini..[...] syahdu..insaf..sedih..takut..bercampur baur..takjub dgn kekuasaan Allah...jika Dia berkehendak..kita sebagai hambaNya tiada daya menghalang..bencana ini baru sejentik..bygkan bagaimana tiupan sangkakala..bersediakah kita?


Monday, March 14, 2011

Small Celebration....really small

Salam..

I was thinking to prepared some special dishes for the celebration (read early post here)...in my wish list..the cake might be.... Miss red velvet or Mr. oreo cuppies or Mrs. cotton chessecake.. the side dishes might be among Mr. trifle.. Miss karipap pusing...bla bla bla...
but...end up with something -not-really-special-but-okla :P

It is JUST 6" fruit buttercake..decorated with 'kedai made' flowers and some simple deco.. remaining batter...end up in cupcakes casing.. no miss red velvet, cuppies, trifle, karipap pusing-pusing...

To be honest..i wasn't in baking or decorating mood..it was my lazy Saturday...Start preparing the cake @5pm.. end up with deco @~7.30pm.. ~mcm lipas kudung~

...fresh from oven->> fan cooling (highest speed) ->> freezer (sorry Mr. freezer for heating you up..it won't happen again..promise!)->>(meantime..prepared some buttercream)buttercream crumb-coating (it was smooth but due to some last minutes changes..it wasn't..lantak la) ->> buttercream roses..tadaaaa siap!

6" fruits buttercake with icing & roses is consider great enough for only 2 1/2 hr preparation time.. (^^) kan kan??

Small cake for birthday "boyz"

Our celebration was so simple...
@8.30pm ~a small gathering at local favorite restaurant...makan2...
@~10.00pm..in law house...makan2 kek..
@~11.00 @home sweet home..tidooo aaa

p/s: have no mood to capture any moments including the cross-sec view of the lovely cake..:P

Thursday, March 10, 2011

MJ Datang Jeng Jeng Jeng!


MJ Bukan Micheal Jackson yg menari moonwalk tu ye..ini Melur yang Jelita..
owh..apa benda nya ni?
Sy dipelawa oleh tuan punya blog Melur Jelita utk segmen yg beliau anjurkan...nak tahu lanjut..sila klik2 banner atas ni atau di sidebar kiri...
sila2 ke blog beliau yg santai..kdg2 serius..kdg2 kelakar tu..BEST!

p/s: ok kak laili..it's done!

Wednesday, March 09, 2011

Apa baiknya laman sosial?

Salam..

Penghujung tahun 2010, sy menduduki placement test utk english course..nak polish the rough edge la konon..mahu speaking london berhabuk2.. :p

all the candidate are required to answer few questions plus a short essay..we can choose either to write about our unforgettable memories during childhood or the advantages of social networking..ermmm..of course la sy tulis tentang social networking..nak ingat childhood?jenuh dok pikiaq la..tak berapa ingat..dah tua. :P

yes..of course social networking or to be exact FB gives us several advantages! tak dinafikan!
sy sendiri rasa happy sebab dapat kenal mengenali sahabat2 alam maya especially geng2 Ratuhati & Bloggers. Dan yg plg sy suka..sy dapat berkenalan semula dengan saudara mara yg dulunya hanya kenal gitu2 ataupun mmg tak pernah kenal & tak pernah bertegur sapa! bertukar2 cerita..buat reunion..kalau tak ada FB.. entah mcm mana la nak dapatkan semua contact number ataupun email masing2..memudahkan!

rakan2 sekolah..rakan2 universiti..bekas2 rakan sekerja...ada saja yg dtg menyapa..seronok!
bagi yg berbisnes...ye..FB adalah salah satu medium utk melakukan marketing..tp awas la ye..ada juga yg tak suka org berbisnes dlm FB..nak2 pulak yg suka2 letak tag.

kalau nak cerita kebaikan..iye mmg banyak..TAPI....bagi sy..semuanya terpulang pada niat masing2..yg baik2 kadang2 boleh jadi sebaliknya..ada juga rumahtangga yg porak peranda dek penangan FB..

sy pernah dengar satu topik di Sinar FM tentang FB.. ada seorang pemanggil..lelaki..mengadu tentang isterinya...asyik mengadap games dalam FB sampai makan minum si suami diabaikan..keluhan suami lebih krg begini.."isteri sy sibuk bercucuk tanam di FB..sy nak makan..tak di pedulinya..balik kerja, ON laptop & terus sambung main games..katanya kalau tak letak baja, siram air..tanamannya mati" haha..ketawa gelihati sy..tu mesti games bercucuk tanam..farmville salah satu nya..dulu sy pun minat juga..tapi cepat2 sedar semua tu tak ade faedah apa2 pun..baik basuh pinggan kemas rumah..dulu sy pernah leka..tapi nasib baik husband sy sound....alhamdulillah..

ada juga yg jadikan FB sebagai tempat mengumpul peminat.(artis2 aaa selalunya)
ada juga yg jadikan FB sebagai tempat kutuk mengutuk..menjatuhkan bisnes org lain.. hentam itu ini..org tu tak kena..org ni salah...org tu jahat..haii..mcm2

dan yg paling ditakuti.. kalau FB menjadi pemangkin runtuhnya sesebuah rumahtangga..nauzubillah..mintak dijauhkan..
macam mana pulak tu..owh..salah satu contoh yg mudah..
nak dijadikan cerita..suatu hari..tiba2 kita ternampak nama ex kita di FB..lalu kita add dalam friend list.. nak pulak ex kita tu accept pulak.. tapi pasangan kita tak tahu..iye la sesetengah pasangan dah set certain limit atau border..handphone, segala email & password adalah rahsia & privacy. Si pasangan pula menaruh 100% ++ kepercayaan.. walaupun sekadar add dalam friend list..confirm akan ada terdetik di hati nak mengetahui keadaan semasa ex kita tu. dah kahwin ke dia..berapa anak dia..suami/isteri dia lebih handsome/cun dari kita? Nak pulak dia ada letak gambar2 dia..gatal aje tangan nak buka satu persatu gambar2 dia..then mula la terkenang2 kisah lalu..walaupun pada dasarnya pernah benci membenci gaduh bergaduh satu masa dulu..jika tidak kita yg mulakan..mungkin ex kita yg mulakan perkara yg sama..dia telek2 gambar2 kita bersama2 anak2 atau suami/isteri..tinggalkan komen mungkin..bagi lelaki kdg2 dalam FB diorg..tak letak gambar isteri pun....si ex pun tertanya2..mcm mana rupa isterinya?cantik dari aku ke? mula tgk profile pulak.. xxx married to xxx... pulakkk..dan ada juga yg mula la tunjuk kat org lain..ni la ex pakwe/makwe aku dulu..kami putus sebab..bla bla bla.... itu belum apa2.. ini yang mula bertanya khabar..keep in touch..bertukar-tukar nombor handphone..sehingga ada kes yg cinta lama bertaut kembali..lalu terjadilah perkara yg tak diingini...bila si pasangan tanya..ada tak kekasih lama? confirm kita akan jawab... I dah lupakan la dia.. padahal..masih berhubung lagi..walaupun tak la serius..tapi kan dah namanya bekas.. pasti sisa2 saki baki perasaan tu masih terkesan dihati..nak2 pula cinta yg tragis..tak gitu?
jika tak berhubung sekali pun..sekadar ada dalam friendlist pun dah cukup mengundang aura negatif..katakan la...si pasangan terperasan.."apasal la ada nama2 perempuan/lelaki yg diragui atau ala2 nama ex suami/isteri ku ni?" tengok2 gambar..sah gambarannya mcm yg pernah kita cerita kan..tapi bila tanya kita ...kita pernah mati-matian kata kita dah lupakan atau dah benci dengan ex kita..alih2 ada pula dlm friendlist kita? adakah pasangan kita akan bersyak wasangka?iya pasti!!!mula la kita bagi alasan.."ala..ntah siapa2..I main add/accept aje.. tak perasan pun siapa" ..itu statement menipu pasangan namanya..kalau main redah add/accept tu..boleh diterima pakai untuk org yg kita tak kenali langsung..tapi ini nama yg pernah satu ketika dulu bertakhta dihati kita..paling2 tidak hati akan terdetik juga bila menerima notification dalam friend request. Jika iya satu ketika dulu ex kita pernah menyakiti kita..buat apa kita berhubung semula sedangkan kita sudah ada pasangan baru yg sepadan & boleh menerima kita seadanya?jika ade perlawaan..klik saja pada link REJECT..mudahkan. Alasan nak keep in touch kawan lama? buat apa? ramai lagi kawan2 lama yg lain. Tak pasal2 bila pasangan kita tahu..dia akan berkecil hati..rasa tertipu walaupun kita tak berhubung serius pun..pada kita itu remeh..ala sekadar nak naikkan jumlah friends..apa salahnya..iya..memang tak salah..cuma yang salahnya kita la...tak menjaga hati pasangan..nak pulak bila pasangan meminta kita remove nama2 itu..tapi kita pula kata.."biarla..bukan ada apa2 pun"..sekali lagi kita menyakiti pasangan..sudahnya..pasangan membawa rajuk dihati...mungkin zahirnya kita tak perasan..pasangan mungkin pendam saja perasaan..iya la..bila minta elok2..tak pulak ditunaikan..apa lagi yg boleh di buat..diamkan aje la..lebih2 cerita..bergaduh sakan la pula..lama2 memendam..kasih syg mula suram..kepercayaan yg dulunya mengatasi 100% kini mula kurang...owh panjang pulak contohnya..haha

ada juga kes pencuri gambar..selalunya gambar2 masakan la contohnya kek...ambil dari mana2 blog..kemudian buka akaun FB baru..."saya menjual kek xxxx- tempahan dibuka" padahal yg gebu mulus cantik tu bukan kek kita pun... penat2 saja tuan empunya mengadun..membakar, menghias, mencari angle yg sesuai utk ambil gambar..menulis entry blog.. berkongsi resepi..alih2 kita ambik (curi) tepek pulak kat FB. Claimed itu gambar kek yg kita buat sendiri & jual. Walaupun ramai yg menempah dek kerana terpedaya dgn gambar kek kita yg gebu (yg kita curi tu) tu... ingat halal ke rezeki yg kita dapat? walaupun iye mmg kita buat sendiri kek tu..fikirkan la..

apa2 pun ingat ye anda2 semua...buat apa saja..semua nya ada batasan..bg yg dah berumahtangga..sebelum membuat apa2..fikir hati dan perasaan pasangan kita...jaga amanah yg kita ikrarkan bersama sebaik mungkin..dan teknologi jika disalah guna memang akan mengundang pelbagai masalah... jangan pula kita gunakan untuk saling dengki mendengki..curi mencuri hak org lain..dannn jangan jadi sebahagian daripada pelaku jenayah siber..sekian entry yg panjang berjela :P

Tuesday, March 08, 2011

Double Celebrations

Salam

Today is a very special day...it is kinda double celebrations. Both FIL & my dear hubby are sharing their birthdate. I think my FIL is 59 years old (agaknya la) & my dearest just stepped out from his 20's...

We are going to have a small celebration on this coming Saturday & of course I'll might think about something special...a super duper delicious decorative cake maybe??haha...just wait & see ya..

Well...just typical wish for both of my men...
May Allah bless you...good health..long lasting happiness...aminnn...


Monday, March 07, 2011

Blueberry Marble Buttercake & Blueberry Cotton Cheesecake

Salam

Dulu pernah rasa nk stop baking..
tapi tak boleh pulak sbb seronok bereksperimen dengan resepi2 baru & mengasah skill membuat kek.

Masa kecil2 dulu, mmg jangan mimpi la nk makan kek kalau tidak semasa hari raya. Kek yg sy tahu..cuma kek pandan saja. Itupun dibuat sendiri oleh mak sy setelah join kelas masakan kat dewan org ramai. Masih sy ingat, zaman tu...mana mampu beli mixer.. so tukang pukul adunan..abg sy la..pukul planta (masa tu packaging dalam tin) dengan gula yg disukat dgn cawan minum teh. Pukul sampai kembang dengan senduk kayu.. kalau abg penat, pas pulak kat adik2 :D..proses buat kek beramai2 amat la seronok. walaupun setakat kek pandan biasa..

Menginjak ke sekolah menengah. Sy belajar membuat kek dari cikgu KH @ ERT (ekonomi rumah tangga)..masih sy ingat..itula kek yg paling sedap sy rasa..berbelang2 mcm pelangi..maklumla budak kg..dapat makan kek la katakan..nikmat!Dari situ la sy minat baking..terima kasih cikgu!

tak mampu rasanya nak stop baking...kalau sy ssh hati..sedih..tension..baking adalah salah satu terapi..lega & seronok bila tgk kek menjadi.

kisah buttercake sy..sekian lama sy mencari resepi yg betul2 berkenan dihati..percubaan kali ni..tak menghampakan..berbaloi berjaga sampai lewat malam utk membuat kek ni..ye la..mlm aje ade ketenangan..Aisyah tak kacau. Resepi kek ni dah sy'derhakai' sikit-sikit :D

Blueberry Marble Cheesecake

Resepi:

250 g pure butter
250 g tepung naik sendiri
180 g gula
4 biji telur
100 ml susu penuh krim
2 sdk blueberry emulco
sedikit pewarna purple

Cara2:

panaskan oven pada suhu 180deg C. pukul butter dan gula sehingga gebu.
masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan tepung.
masukkan susu dan kacau sebati. bahagi adunan sama banyak. satu adunan dicampur perwarna puple & blueberry emulco. satu lg biarkan warna asli. tuang adunan dalam loyang berselang seli.
bakar selam 30 min atau sehingga masak. (tapi sy suka guna teknik water bath-api bawah sahaja. bakar lebih kurang 1jam)

Blueberry cotton cheesecake

kek ni versi 'derhaka' juga..tp menjadi la texture nya..resepi nnti sy tuliskan..sbb kek ni perlukan penambahbaikan dalam teknik nya lagi..

Wednesday, March 02, 2011

Roti Jala & Kek Marble Pelangi

Salam..

saje nak tanyang2 produk main masak-masak yg sy buat sebelum2 ni..
ini first attempt buat kek marble pelangi..aduanan actually premix je..sbb nya intention utama adalah pada ke'marble'an kek itu aje..jeles tgk kak sue aleen , lady & beberapa bloggers masakan yg buat kek2 depa cun sgt belang nya..tq to kak sue aleen sbb sudi ajarkan cara nk buat belang marble ni..sebelum ni sy buat..manjang tak jd..lps ni boleh buat lg..

kek ini special utk anak2 kecil kat Taska Sri Ilmu..kengkawan dak Aisyah..

semalam try pulak roti pagar jala. Resepi ikut sukatan takde ye..main letak2 je sbb dah selalu buat..main agak2 je..tp kali ni special sbb tak 'menjala' mcm biasa..sgt tertarik ngan teknik yg kak min lemongrass , kak hana (hanamemories) & ai (suhaiza) buat.
pernah try buat dgn botol sos biasa..tp tak jd2..keciwa!botol yg ade 3 lubang tu...kena beli kat Daiso..tp almaklumla..walaupun dekat2 je outlet2 Daiso tu...belom merasa nk jejak lg..jenuh pujuk dah 'org tu' suruh bawakkan..last2 terjumpa plak botol berlubang 4 dan 5 kat kedai brg2 kek ni..yg lubang 5..kecik2 sgt lubang nya..so sy beli yg lubang 4..malam td jugak try buat..
eh eh..mcm jd..tp kena practice lagi..sbb tak baper cantik sgt..
roti2 jala ni dok lepak dlm fridge lg..sbb pg td tak sempat nk buat kuah..ptg2 or mlm2 ni aaa baru cont. tp nk tunjuk jgk hasil 'menjala' mlm tadi..tadaaaa

yg ni dah nk dekat habis bancuhan..2 lubang dah tertutup..so jd jarang2

belum gulung..sbb xcited buat pagar2..haha

Tuesday, March 01, 2011

FAQs UnTuK WaniTa

Salam..

U all tau dak apa soalan WAJIB untuk wanita/perempuan..hatta bujang atau berkahwin?
dan selalunya soalan2 ini ditanya oleh wanita2 juga...
dan selalunya soalan2 ni akan mula ditanya sekitar usia 20an..soalan2 ni kdg2 buat kita rimas kalo tak kena gaya pertanyaannya..
antara frequently asked questions (FAQs):

ni soalan biasa la bg wanita dah dah menginjak 20's or to be exact..around 23-25
'bila nak kawen?'
bg yg dah ade special tu..senyum2 kambing la kan sambil terbayang tema majlis perkahwinan;ala-ala garden ke or tradisional mcm ning baizura kan kan..
bg yg takde calon lg tu..mampu senyum je dlm hati...
tapi tu soalan2 biasa je...jgn terasa hati bila ade yg bertanya begitu...anggap saje org ambil berat tntg kita..

cuma yg sedikit terasa jika umur kita tu cecah late 20's..mula la sentap kan bila ade org tanya mcm tu..apatah lg jika pertanyaan tu jd pertanyaan yg agak menyinggung perasaan..contoh mcm ni..'dah nk dekat umur 30 ni..kenapa tak kawen2?' atau mcm ni..'memilih sgt ni..' ataupun.. 'bila la ko ni nk kawen..yg sebaya ko semua dah kawen dah'...

bila kawen awal pulak..'eh..muda2 dah nak kawen?xpuas bujang lagi' atau yg tak berlapik 'eh gatalnya nk kawen awal' pulaakkkkk..

bila kawen sedang2 umur..dlm 23++..kompem akan tnya berapa hntaran dan suami keje apa?
bila hantaran sikit..'apsal murah sgt? tu ade la yg tak kena tuuu'..kalo mahal pulak..'mak aiiiiii mahalnya hantaran'..serba tak kena kan kan kan..

dah kawen pulak...mcm biasa...'bila nk bertiga?' atau 'bila nak mengandung?'...bila bunting pelamin..'uish..cepatnya lekat'..bila tak mengandung2..lagi parah soalan nya..smpai ade yg mengguris hati si wanita itu... lebih parah lagi bila ade yg kata..'si polan polan tu..kawen lps ko..dah mengadung 3 bulan' haiyaaaaaak..dibuat perbandingan pulak...mao lari masuk bilik nanges puas2!

bila mengandung..dah beranak..tanya pulak..bila nk tmbah lagi....ooo itu soalan biasa buka bisa ok...itu normal kalo org tanya..dan jgn ambil hati..itu bentuk2 soalan lazim..org sekadar bertanya bermanis mulut..jgn sentap ye..cuma bila soalan yg hampir sama..cuma diubah sedikit..contoh ek...'bila nak tambah anak'~ini biasa...yg parah..'takkan anak sorang je?' atau 'kenapa tak beranak lagi'..beza ye tuan tuan puan puan..'kenapa & bila' tu..sbb soalan 'bila' kita masih mampu jwb..contoh jwpan..'belum ade rezeki' atau 'kami merancang dulu' atau 'tak tahu la bila..Allah nk bagi..bila2 pun kami nak'..TAPI...soalan 'kenapa'..itu tuan-tuan puan-puan..mmg kelu..sbb jawapannya sah-sah ..hanya Allah yg tahu kenapa? oleh itu..kalo nk tanya soalan2 sebegini..sila jgn tanya 'kenapa.......?' jika bertanya sekali pun..jgn la diulang dialog yg sama berulang kali!dan jgn sekali2 buat perbandingan dgn sipolan polan..'diorg tu dah lima anak nya'...perbandingan2 gini..sgt la mengguris hati si wanita itu ye.!

itu bila tak tmbh ank..bila dah tambah...katakan la 2-2 sama jantina..anak lelaki la katakan..akan ade pulak soalan gini 'eh..dua-dua boys..bila nk ade gegurl plak?' pulakkkkk..atau kalo anak masih bayi..tiba2 si ibu mengandung lagi...'uish..ngandung lagi..anak kecik lagi' atau pun bila anak dah 3...berderet plak..'asyik beranak je...berderet anak'..see....mcm2 kan..

agree tak dgn sy..kalo soalan2 gini ditanya secara bergurau..kita akn rasa..ok je..atau mak kita sendiri tanya..kita msh boleh senyum2 kambeng kan..tapi cuba jiran2 yg tak berapa nak close..atau makcik2 yg tahu komplen pasal kita yg tanya...sentap kan...

apapun jika ada yg berada dlm situasi ini...pesan sy...SENYUM..kalo org tua yg bertanya...jgn balas..DIAMkan aje...sbb kalo dijawab..kemungkinan kita akan buat hati org2 tua ini terasa..tp kalo kengkawan yg bertanya..jwp la apa2 yg sepatutnya..tp kalo ade yg ulang tayang dialog yg sama berkali2 smpai anda hilang sabar....anda sendiri tahu apa yg patut dibuat kan kan....