Followers

Monday, August 08, 2011

Roasted chicken/ayam 'tergolek' ala Della

Salam

Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Weekend lepas saya dan abang sekeluarga sempat balik kampung melawat kakak sekeluarga. Lain benar rasanya balik kampung tanpa mak menyambut kami di muka pintu..Lain benar rasanya balik kampung tanpa merasa laksa mak yang sedap...rasa kosong dan sunyi..tak sabar tunggu mak balik dari umrah!

Menu special hari itu adalah roasted chicken/ayam golek. Haha..ini lah kali pertama saya mencuba resepi ni. Takut je tak menjadi. Macam2 resepi saya google. Tapi tak semua resepi saya berkenan especially yg selera melayu ni..ada yang bersantan la..mcm2..satu je resepi yang saya berkenan..ilham dari kak roza. Walaupun kak roza tak bercerita secara details bahan2 nya..tapi ilham dari kak roza buatkan saya berimaginasi dan mereka2 resepi sendiri.

Alhamdulillah..walaupun rupanya tak la seindah ayam golek kenny rogers..tapi rasa nya boleh tahan sedap..(eh bagi saya sangat sedap...wah..puji diri sendiri gitu!). Untuk yg bertanya menerusi FB hari tu..di sini saya kongsikan resepi. Resepi saya tiada sukatan metrik tau..semua main campak2 aje ye..pandai2 la adjust mengikut kuantiti ayam

Bahan-bahan

seekor ayam
kentang
carrot
cauliflower
kacang peas
putik jagung
capsicum
lemon
garam
oregano
blackpepper(tumbuk kasar)
bawang merah
bawang putih
halia
sedikit butter
minyak zaitun (saya guna minyak kelapa dara)
sos tiram
kicap
garam

cara-cara

bersihkah ayam
lumurkan ayam (luar dan dalam)dengan bawang merah, bawang putih & halia yg telah ditumbuk kasar, garam, sos tiram, oregano & kicap. perap paling minimum 1jam.
letak ayam di dalam dulang membakar dan letakkan sebiji bawang yg telah dibelah epat (atau lebih) di celah-celah ketiak & paha ayam. jika ada bahan perapan (cecair) yg berlebihan. masukkan ke dalam cavity (bhgian dalam ayam). belah 2 lemon. satu bahagian diperah rata atas ayam.satu bahagian lagi disumbat dalam cavity. jgn lupa letak capsicum yg telah dihiris juga.curah sedikit minyak zaitun (saya guna minyak kelapa dara sbb minyak zaitun takde kat kg) di atas ayam. bakar dgn suhu 200-250degC. Sementara itu rebus kentang dan carrot separuh masak dan masukkan dicelah-celah ayam yang sedang dibakar. bakar selama lebih kurang 1 1/2 jam. pastikan ayam masak dengan mencucuknya..Kalau ada cecair keluar..kira ok la tu. keluarkan dari oven, asingkan ayam dengan sayuran dan cecair (chicken stok) yang terhasil. balut ayam sahaja dengan aluminium foil, dan bakar lagi selama lebih kurang 1/2 jam. sementara tu, rebus/celur sayur yg selebihnya.
chicken stok yg terhasil boleh digunakan utk membuat blackpepper sauce (nanti saya share resepinya).
bila ayam dah masak, hias dengan sayuran2 tadi..ok..sedia utk dimakan..(sambil berangan ddk di kenny rogers)

ayam golek blackpepper yg rupanya tak seberapa..tapi umppphhh!


5 comments:

Anonymous said...

adoi...berkeriuk perut ni..hahaha~

ashra said...

wahhh.....sedapnyeee..
harus cuba nih..

baloi2 masak dari beli kan..

Farra Dhelina said...

adoiii....tolonggggg ekekek

alahai kakkkk..sedapnyaaaaa

mizah said...

nakkk!!!! heheh

DeLLa said...

@krsty: tergoda ye..hihi

@ash: cuba tau..senang je

@farra: cuba la..menu sihat juga ni.

@mizah: ambikla..tepek gambo ayam ni kat wallpaper tau..hehe