Followers

Tuesday, July 10, 2012

Tentang Aisyah..Dia sudah besar...

Salam..

Lamanya saya tak menulis di sini. Sedar tak sedar dah lebih separuh tahun 2012 kita lalui. Dah lama jugak saya tak update perkembangan anak dara saya ..Aisyah. Sedar tak sedar..dia dah 4 tahun. Tak lagi di hantar ke taska! Dia sudah ke Tadika..byk perkembangan positif Aisyah yg tak mampu diceritakan secara pendek rasanya! Secara ringkas..dia sudah boleh membaca suku kata, pandai menulis beberap huruf dan nombor, mewarna juga sudah kemas, sudah lancar membaca surah2 pendek, sudah pandai membaca bermacam doa harian, sudah pandai amali solat dan mcm2 lagi..ya dia juga dah ada pengalaman pertama pergi rombongan cik kiah ke kilang roti & Pusat Sains Negara tanpa ditemani mama&papa. Baru-baru ini, berpengalaman pertama 'Sport Day' pulak. Yang terlebih excited nya..mesti la papa & mama!


Budak kecik yg pertama kali nak bersukan

Seawal 8.00 pagi kami dah sampai ke venue yg dah ditetapkan oleh pihak tadika. Selesai pendaftaran, Aisyah di tempatkan dalam kumpulan Biru..dipakaikan riben dikepala, berselempang didada. Aisyah ni walaupun sgt 'Hero' di rumah, tapi bila di depan org ramai, dia sgt la pemalu & diam saja..bagus! senang nak handle. Di kala kawan2 setadika ada yg menangis2..berlari sana sini..tapi dia ttp cool...malu2 bila gambar diambil. 


muka monyok mcm nak nangis


kanak-kanak comel yg sgt behave


Sport Day kali ni memerlukan ibu & bapa terlibat sama. Untuk pelajar 4 tahun, games yg disediakan   adalah tarik upih..anak duduk atas upih..si bapa tarik. dan utk ibu pulak, mata ditutup & anak memimpin ibu hingga ke garisan penamat. Sebelum mula games, mak pak semua kena aerobik pulak. Sesekali mcm ni..seronok & enjoy jugak. untuk games tarik upih, kumpulan Biru juara & untuk games pimpin ibu..kumpulan Biru dpt no 2. Sebenarnya menang ke kalah je..hadiah serupa je..hihi..games untuk suka2. Apapun tahniah utk kesemua teachers yg terlibat bertungkus lumus menganjurkan Sport Day ni. Terharu rasanya. Susah nak gambarkan dgn perkataan betapa bersyukurnya kami kerana anak kami belajar di Tadika ini..

di dalam perbarisan

Medal :)

Medal pertama!

yey!menang!

1 comment:

InaAchik said...

comelnya aisyah kak!!! :)