Followers

Wednesday, March 30, 2011

Roti oh Roti


Salam..

Sibuk tengok org lain me'roti'...tergedik-gedik teringin jugak nak buat. Kali pertama buat di kampung masa balik bercuti CNY. Kali pertama buat..tak jadi sebab tak ikut betul-betul. Doh terlampau kembang..sudahnya buat baling anjing pun silap-silap haribulan anjing kejar balik pengsan! esoknya buat lagi...naik gebu dan sedap. Itupun setelah resepi asalnya telah di review dan diolah semula oleh kakak saya yg memang ada experience bab2 me'roti' ni. Tapi terlupa pula nak salin resepi baru tu. ish ish ish..

Bila mencuba sendiri baru-baru ni, inilah hasilnya..uli guna tangan aje. breadmaker mana lah ada... tak sangka pula naik kembang setaman gini. dan rupa macam cendawan pun ada. resepi pun versi derhaka gitu. rupa macam cantik dan gebu. tapi rasa macam ada sikit kureng la..hajat nak buat jadi bun manis..tapi rasa macam kurang gula aje. dek kerana mengantuk sangat..sebab me'roti' tengah-tengah malam buta...terlupa nak simpan roti dalam bekas kedap udara..sudahnya..menjelang pagi..roti dah tak segebu masa mula-mula keluar oven.

jadi macam cendawan

2-3 hari lepas tu..cuba lagi..langsung hancusssssss...keras mcm roti kepala lutut...sakit hati tengok! tak apa la..esok-esok harus cuba lagi..memang la orang kata..beli aje..senang! murah pula kan..no no no...bukan itu yg saya mahu..sedap macam gardenia ke apa ke..tolak tepi..yang penting kepuasan! syok, bahagia & gembira bila tengok hasil yang menjadi! lepas ni nak cuba lagi

fresh from oven..gebuuu


4 comments:

Wan Ros said...

sedap roti ni... :)

mizah said...

tingginye roti tu naik!!! hihi..seronokkan kalau hasil ulian kita menjadi..dah lama tak meroti...heheh

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam della,
fiza pun masih failed bab meroti ni walaupun mak fiza pembuat roti. hehehe...dah beberapa kali mencuba pun masih failed. tapi, masih belom putus asa, kena buat lagi.
roti della nampak menarik la...

DeLLa said...

@wan..sedap amenda nya...rasa mcm tawar sikit

@ramizah...haah..hepi bila menjadi

@fiza..menarik ke?mcm cendawan baru nak tumbuh..hehe